
Apakah itu Usrah?
Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)
Asal usulnya bagaimana?
Sebenarnya konsep usrah ini telah dipelopori oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Sirah telah membuktikan bahawa baginda sendiri telah berusrah bersama-sama para sahabat di rumah Al-Arqam Abi Al- Arqam ketika permulaan agama Islam di kota Mekah. Konsep usrah ini seterusnya telah dihidupkan semula oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Rukunnya apa eh..?
- Ta`aruf ( Berkenalan )
- Tafahum ( Bersefahaman )
- Takaful ( tolong – menolong )
Kenapa mesti Usrah? Bagaimana pentarbiyyahan yang lain?
Usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah kerana cara ini paling berkesan berbanding cara pertarbiyyahan yang lain seperti kuliah, forum, ceramah, tamrin dan sebagainya.Kata murabbiku..
“Invividu yang lahir dari pentarbiyyahan secara usrah yang istiqomah berbeza sekalidengan individu yang hanya menyertai kem-kem pentarbiyyahan”