Kita Sebenarnya…
Kita sebenarnya… lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya… lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya… lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya… lebih khusyuk mendengar lagu daripada azan
Kita sebenarnya… lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat
Kita sebenarnya… lebih tahu tentang artis daripada nama-nama nabi
Kita sebenarnya… lebih suka menyanyi daripada berwirid dan bertahmid
Kita sebenarnya… lebih memuji manusia daripada pencipta kita sendiri
Kita sebenarnya… lebih suka ke konsert daripada ceramah agama
Kita sebenarnya… lebih mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya… lebih suka mencarut daripada menyebut Masya Allah
Kita sebenarnya… lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan
Kita sebenarnya… lebih berbangga dengan kejahilan daripada keimanan kita
Kita sebenarnya… lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat
Tetapi apabila orang bertanya tentang arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab kita sebenarnya… lebih suka ke Syurga daripada ke Neraka. Layakkah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T.