SAHABAT SETIA

Rabu, 15 September 2010

RENUGKANLAH WAHAI UMAT ISLAM -hadis-

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.
************
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Albukari dan muslim)
*************

OraNG YanG CemErLAnG SeNTiasA MenJanA HaTi YanG BerSiH DAn SenTiAsa MenCuCi HatiNya MenGguNaKan PelBaGAi TeKnIk dAn PeTuA AntaRanYa SeMbaHyaNG TauBAt, IstiGhFaR, BaCa QuRan, MaAfKan SeMua OraNG, IngatKaN Mati, SeDeKaH, BerPuAsA, . BeRWuDhuK Dan SeBaGAiNYa...

******************
OrAnG YanG CeMerLaNg SenTiAsa mEnCaRi EmAs dalam diri.TuHan MenCipTA MAnuSIa DEnGAN SemPUrnA,Ttp KebAnyaKkaN OranG TiDaK SeDar AkAn KeHEBatan DIriNYA,DenGAn MengENAl DiRi SecaRA MEnDALAm,KiTA DapAt MeneRoboS SemPADan DIRi...
*************
da'ie sejati tidak terlalu mengharap hasil yang banyak dan baik, tetapi mengharap redha Allah dalam usahanya, kerana da'ie sejati yakin akan Allah yang sentiasa melihat kerjanya.Bekerjalah nescaya Allah, rasul dan orang mukmin mmerhatikan pekerjaan mu. Surah Taubah ayat 105
************************************

REnugan buat REMAJA........,,,
"Janganla kamu BIMBANG andai kamu BELUM BERPASANGAN tetapi BIMBANGLAH andai IMANMU akan BERKURANGAN..
Janaganlah kamu BIMBANGandai kamu TIDAK RUPAWAN .. tetapi BIMBANGLAH andai AKHLAKMU MURAHAN. Kejarlah dan CARILAH cinta ALLAH nescaya andai kamu Perolehinya, seluruh makhluk-nYa akan menyayangimu....

  • *************************************

  • (V16:59)Narrated Abu Al-Mughirah:The prophet(saw) used to forbid(1)Qil and Qal(sinful and useless talk like backbiting,or that you talk too much about the others);(2)asking too many questions(in disputed religious matters);(3)and wasting one's wealth(by extravagance)(4)and undutiful to one's mother(5)and to bury the daughters alive(6)and to prevent you favours(benevolence)to others(i.e not to pay the rights of others,zakat,charity)(7)and to beg of men or to ask others for something(except when it is unavoidable).

    Sahih Al-Bukhari
    Vol.9, Hadith No.395

**************************************

Abu Hurairah(ra) narrated that the Messenger of Allah(saw) said:' A strong believer is better and is more loveable to Allah than a weak believer, and there is good in both. Cherish that which gives you benefit(in the HEREAFTER) and seek help from Allah and do not lose heart.And if anything(in the form of trouble) comes to you, dont say: "If i had not done that, it would not have happened such and such,'but say: Allah has foreordained, and He does whatever He will, for"IF' opens the gate for the Satan.
###############################













Sahih Muslim
THE BOOK OF QADAR (DESTINY)
Vol 2 Chapter 2 Hadith no. 1840

ILMU MENGANGKAT DARJAT MUSLIM

ILMU MENGANGKAT DARJAT MUSLIM

ILMU ITU BUKAN UNTUK DIPILIH,TETAPI DITUNTUT

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

alhamdullillah..kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dalam ruangan yang boleh ana katakan berilmiah dan usrah yang dapat kita kongsikan ilmu ilmu untuk kepentingan di dunia dan diakhirat insyaallah...

alai,pejam celik pejam celik sudah pun kita berada dalam tahun 2010 dan kini pun sudah masuk bulan kedua dalam tahun masihi.....namun,perubahan demi perubahan dan dugaan demi dugaan mula lebih ekstreme daripada dahulu...namun ana pasti dengan kekuatan iman yang kukuh dan hati yang setia pada ilahi,insyaallah,landalah segala ribut pun kita akan teguh seperti tiang konkrit....

sudah lebih kurang sebulan lebih ana tidak mengepost ilmiah dalam blog ini...ana sangat minta maaf kepada tetamu yang melawat kalau post tak kluaq kluaq...sebab ana pun agak sibuk dengan pengembaraan ilmu ana,tapi ana sangat berharap bahawa para tetamu yang melawat tu,walaupun disini sunyi,tetapi usaha menuntut ilmu itu masih digiatkan sehingga kita meninggal dunia,bukan bertumpu mahupun memilih ilmu je...

ha,inilah apa yang ana ingin bincangkan dalam post kali ini,kepentingan ilmu....kita sering bila berkata pasal ilmu,minda kita kita tentu set tentang ilmu fardu ain dan sama juga kalau kita mengunakan frasa pelajaran,kita kan kaitkan dengan silibus yang kita belajar di institusi pelajaran...tetapi apa yang kita lupakan bahawa ilmu itu merangkumi semua bidang ilmu pengetahuan yang berguna didunia dan diakhirat...ana tidak menyangkal yang ilmu fardu ain itu perlu di endahkan...tetapi perlu diseimbang malah ilmu fardu ain itu perlu dititik beratkan lagi kerana ia wajib....

cuba kita imbas semula sejarah kegemilangan islam...kita lihat bagaimana keagungan kerajaan abasiyyah dikala ilmu fardu ain dan kifayah dikuasai oleh umat islam...islam menjadi agung terkenal serta disegani oleh seluruh umat manusia termasuk orang eropah yang datang ke kota baghdad demi mencedok ilmu yang diperoleh oleh umat islam.....kita juga dapat lihat bagaimana ilmu mengangkat darjat umat islam pada masa itu sebagaimana yang disebut dalam firman allah...serta kita juga saksikan ilmu telah melahirkan ramai ilmuan islam seperti ibnu sina, al biruni ,al khawarizmi dan ramai lagi....

pada masa itu ilmu perubatan,astronomi,teknologi,mantik,hisab mahupun seni pembinaan telah dikuasai oleh umat islam....tetapi dalam masa yang sama kelahiran ulama seperti imam ghazali,imam syafie serta imam imam yang lain di seluruh dunia masih tidak ketinggalan dalam mengajarkan serta mengembangkan ilmu al quran,hadis serta fikah yang berkaitan dengan ilmu fardu ain....

apa yang ana ingin tegaskan sini...kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mengambil iktibar dari zaman kegemilangan umat islam dahulu dengan mempergiatkan menuntut ilmu walau dalam apa jenis bidang pun ......cuba kita bayangkan kalau muslim dewasa ini mampu menguasai ilmu ilmu yang berguna di dunia dan diakhirat....islam bukan sahaja disegani,malah segala ekonomi yang sekarang ini dibawah kongkongan para kafir dan yahudi akan berada dibawah umat islamdan dengan medium itu,umat islam mampu dibangunkan serta tiada lagi bergantung harap pada ekonomi yahudi....

apa yang kita lihat hari ini,kita susah untuk maju..malah ditindas oleh umat yahudi laknatullah kerana kita terpaksa bergantung pada ekonomi dan kebakatan mereka....kita sering berbalah antara satu sama lain untuk membenci ekonomi dan keluaran yahudi...namun dipihak kita masih tidak seorang pun yang berani untuk menyahut cabaran menjadi ibn sina mahupun ilmuan islam pada masa kini...kita masih lagi...berkata namun berharap daripada mereka dan orang lain untuk membantu kita...bukannya usaha dalam membangunkan umat islam dengan kebolehan ilmu kita....malah lebih menyedihkan ada yang menyelewengkan nikmat ilmu yang diberi ke arah jalan yang ditegah oleh allah....

so,moral of the story is...

kita sebagai umat islam telah diajar untuk tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat....ilmu ini bukan sahaja mengangkat darjat sesorang itu malah mendisiplin seseorang itu seperti yang kita lihat seperti imam syafie...

so,apa yang kita tunggu lagi...adakah kita masih ingin duduk dibawah yahudi dan kafir lagi atau kita mahu bangun dan berjaya didunia dan di akhirat....sudah tentu semua ingin yang baik,,,tapi kita perlu usaha nya sekarang..terutamanya para pemuda dan pemudi yang masih lagi mempunyai minda yang cergas dan cerdas...tapi sudi ana ingatkan kembali,kita tidak mampu menguasai sesuatu ilmu jika niat kita tidak kerna allah...jika niat kita untuk membangunkan umat islam dan kerana mematuhi perintah allah...ana pasti ilmu itu mudah sahaja diserap kedalam hati kita dengan izin allah.....

ilmu bukan sahaja lengkap dengan menutut atau memperoleh tapi perlu diamalkan seperti yang sering diungkapkan...ilmu itu jika tidak diamalkan bagai pohon yang tak berbuah....

jadi...

mari kita menjadi hambanya yang berilmu dan taat soleh..

allahuallam..

PESANAN PUTERA MU`IZZ

SAYA DAPATI ORANG YANG BERILMU ITU MENJADI MULIA MESKIPUN DIA DILAHIRKAN DI TENGAH TENGAH KELUARGA YANG BUTA HURUF DAN MISKIN.ILMU SELALU DAPAT MENGANGKAT DARJAT MANUSIA HINGGA ORANG MULIA MENGHORMATINYA. MEREKA AKAN MEMATUHI ORANG YANG BERILMU.SETIAP ORANG TIDAK AKAN MERASAKAN KEBAHAGIAAN TANPA ILMU.KAMU TIDAK AKAN MEMPEROLEH ILMU KECUALI DENGAN ENAM PERKARA IAITU KECERDASAN,SEMANGAT WAJA,RAJIN,TEKUN,PERBELANJAAN YANG CUKUP DAN BERSAHABAT DENGAN GURU,
[ IMAM SYAFIE]

blogger ya ? :)

hurm...
http://puteraunggal.blogspot.com/ ....
blog saya tuh....
ziarah la selalu...

MASEH BANYAK-BANYAK... TANYA LA BANYAK-BANYAK... SAYA AKAN JAWAB

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak” [Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak” [Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Answer here

Seorang Muslimat Wajib Bersegera Melaksanakan Syariat Allah SWT Tanpa Sebarang Alasan

Seorang Muslimat Wajib Bersegera Melaksanakan Syariat Allah SWT Tanpa Sebarang Alasan
Diriwayatkan dari Shofiyah binti Syaibah ra berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayatNya melebihi wanita-wanita Anshar. Ketika turun kepada mereka ayat:
“Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya.” (TMQ An-Nur[24]: 31).

Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorang pun di antara wanita itu melainkan segera berdiri mengambil kain (tirai) dan menutupi kepala kerana yakin dan percaya kepada apa yang diturunkan oleh Allah di dalam kitabNya. Sehinggakan mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.

Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi sebagai seorang yang beriman dalam melaksanakan segala perintah yang datangnya dari Al-Khaliq. Bukannya melengah-lengah atau berpaling daripada melaksanakannya.

"
Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka maka mereka menjawab: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan”. (TMQ An-Nur[24]: 51-52).

Ingatlah peristiwa bagaimana Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit, dan  baginda diperlihatkan kebesaran Allah SWT, yang salah satunya berkenaan wanita yang suka mendedahkan auratnya kepada khalayak ramai.

Rasulullah SAW melihat para wanita itu diikat dengan payu daranya sendiri. Aku bertanya:
“Mereka siapa wahai Jibril? Jibril menjawab: “Mereka adalah para wanita yang suka menampakkan auratnya kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.” (Sirah Nabawiyyah, Prof. Dr Rawwas Qol’ahji) 

Selasa, 14 September 2010

...salam sekencang dakwah, sekukuh ukhwah, semanis mahabbah...

...salam sekencang dakwah, sekukuh ukhwah, semanis mahabbah...

Answer here

Isnin, 13 September 2010

CAHAYA ISLAM -cerpen-

Posted by Siti Nurfareha Binti Samsurkhar (http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/cahaya-islam)

"Saya kembali merebahkan diriku dia atas katil. Namun mataku masih jatuh pada detikan jam di dinding bilik. Mengapa anakku masih belum pulang? Sedangkan azan Maghrib akan dilaungkan sebentar sahaja lagi. Ah, mungkin ke rumah kawan agaknya! Rintikan hujan makin kuat kedengaran di atas permukaan bumbung.

Entah mengapa, pada saat sunyi dan sepi ini, sering mengundang peristiwa lama dalam diriku. Bagiku, peristiwa lama itulah yang paling indah dan paling sadis dalam sejarah hidupku sebagai seorang “lelaki mualaf” di bumi yang penuh dengan cabaran ini. Dengan segala ilmu Islam yang telah saya pelajari. saya anggap saya akan terlepas daripada segala dugaan dan cabaran yang dasyat. Tetapi, ternyata jangkaanku meleset. “Selamat pagi. Saya Safiyyah”.

Saya di sapa mesra. Sekilas saya memandangnya. Hairan. Masakan seorang perempuan sudi berkenalan dengan saya yang tidak sesempurna orang lain.

Safiyyah tersenyum manis. Tudungnya yang labuh, sesekali melambai- lambai ditiup angin sepoi- sepoi bahasa. Mukanya yang ibarat laut yang disinari lampu limpah yang terang, suci dan penuh cahaya. “Saya Jazlan”

“Jazlan?” Safiyyah seakan-akan terkejut. Dan saya hanya menguntum senyuman. “Jazlan Oii Abdullah” “Oh, maafkan saya! Pandai anda memilih nama. Sedap.” “Terima kasih.” “Saya senior anda disini. Jadi kalau anda perlukan apa-apa , jumpa saya. Mungkin saya akan dapat membantu.”

Saya mengangguk. Kami sama- sama berbalas senyuman. Begitulah mulanya saya rapat dengan Safiyyah. Lantaran saya saudara baru, juga pelajar baru di kolej ini dan memandangkan biasiswa yang saya terima saban bulan tidak mencukupi untuk membayar segala- galanya, Safiyyah bermurah hati mempelawa saya tinggal bersama keluarganya di Taman Perdang di ibu kota. Memang banyak bezanya apabila tinggal di rumah orang asing yang tiada pertalian darah. Namun saya bersyukur, kerana mempunyai tempat tinggal untuk saya berteduh.

Saya dan Safiyyah diibaratkan seperti belangkas. Begitulah kata- kata teman yang rapat denganku. Malahan ada juga yang menggelarkan kami merpati dua sejoli. Dia melayan saya dengan baik seolah- olah saya ini adalah seorang lelaki Islam yang tulen.
Di samping itu. saya masih lagi menghadapi masalah dengan keluargaku. Yang sebenarnya saya adalah anak kepada seorang hartawan cina dari Negeri Sembilan. Tanpa pengetahuan keluargaku, saya sudah memeluk Islam sejak saya di Tingkatan Dua lagi. saya mula berjinak- jinak dengan agama Islam apabila papa mengambil orang gaji beragama Islam, Mak Limah. Saya selalu melihat Mak Limah menunaikan solat di dalam biliknya. Saya memeluk Islam dengan bantuan Mak Limah. saya juga banyak bercampur gaul dengan rakan- rakan yang berbangsa melayu. saya mempelajari agama Islam daripada Ustaz Hamil. Malahan pada tiap-tiap penggal peperiksaan. saya akan menjawab kertas Pendidikan Islam sebagai matapelajaran wajib.

Di sebabkan terikat dengan kesibukan kerja, keluargaku tidak memperdulikan hal- hal di rumah. Jadi, apabila saya membawa pulang kad Laporan Pelajar. saya memberikannya kepada Mak Limah untuk ditandatangani. Tanpa pengetahuan keluargaku juga, Mak Limah mengajar saya menyempurnakan solat lima waktu sehingga saya sudah pandai untuk menyempurnakannya sendiri tanpa tunjuk ajar Mak Limah. Hal ini berlarutan selama beberapa tahun sehingga saya menuntut di tingkatan lima.

Sewaktu cuti persekolahan. saya menyatakan keinginanku keapda mama dan papa untuk mengikut Mak Limah pulang ke kampung. Saya pernah mendengar daripada rakan- rakan bahawa kampung boleh dianggap sebagai syurga dunia. Menurut kata mereka lagi, orang yang menginginkan ketenangan hati, jiwa dan rohani boleh memperolehnya disana. Barangkali mama dan papa tidak langsung menyimpan perasaan syak wasangka. saya diberikan lampu hijau.

Di kampung. saya berkenalan dengan ramai penduduk kampung yang ramah- tamah dan mereka tidak memendang serong terhadapku. Setiap malam. saya mengikut Mak Limah pergi ke surau menunaikan solat berjemaah dan mendengar tazkirah.
Pada satu hari, dengan tidak disangka- sangka , kelibat kereta papa masuk ke perkarangan rumah Mak Limah. saya yang pada masa itu baru pulang dari surau, terkejut. Papa dan mama keluar dari kereta . Mata papa yang merah bagaikan biji saga tepat memandang ke arahku yang masih lagi lengkap berbaju melayu dan berkopiah putih. saya jadi serba salah. saya nampak Mak Limah berada di tingkap rumah, mengetap bibir. Gementar barangkali.

Untuk menjernihkan keadaan. saya dan Mak Limah menghampiri mama dan papa. “Oh, tuan dan puan! Dah lama sampai? Naiklah ke rumah.” “Yalah mama, papa. Naiklah ke rumah.” “Biar Mak Limah buatkan kopi.” Mama dan papa masih lagi tercegat di situ. Kami hanya memdiamkan diri. Takut untuk mengeluarkan kata- kata. Tiba- tiba mama berjalan ke bonet kereta . Dia mengeluarkan sebuah beg besar dan sebuah bakul yang berisi buku buku sekolahku.

“Nah, ambil semua ni!” “Apa semua ni, papa?” “Mulai dari hari ini, saat ini, kau bukan anak kami lagi!” Saya tidak menyangka papa akan mengeluarkan kata- kata sebegitu. Saya hanya bertukar agama, bukan berpisah dengan mereka. “Kau tak akan dapat satu sen pun daripada harta saya. Dan kau Limah, kau dipecat. Kamu berdua jangan jejakkan kaki kamu di rumah saya lagi! Faham?” Sejak dari itu. saya dan Mak Limah tinggal di kampung. Semasa saya disana juga. Saya menukarkan kad pengenalanku yang lama dgn menggunakan nama Jazlan Ooi Abdullah.

Selepas mengambil peperiksaan STPM, saya berjaya meletakkan diriku di antara pelajar di kolej ini. Ini semua atas jasa Mak Limah yang banyak membantu. Semasa menuntut di kolej, saya mengambil keputusan untuk menikahi Safiyyah. saya meminta Mak Limah pergi ke rumah keluarga Safiyyah untuk meminang. saya seperti tidak percaya apabila saya pulang pada petang itu, Pak Salim, bapa Safiyyah memarahi saya.

“Anak cina tak tau diuntung.” “Apa maksud pakcik?”

“Menumpang di rumah orang, lepas tu mahukan anak kita pula.” “Tak sedar diri langsung!” Mak Senah mencelah. Saya hanya mampu mendiamkan diri.Tiada apa yang dapat saya luahkan pada masa itu. Hanya mampu bersabar. “Kau boleh keluar dari rumah ini sekarang!” Tanpa berfikir panjang lagi. saya terus naik ke atas lantas mengemas baju dan buku. Selepas bersiap saya segera turun ke bawah.

“Pakcik, makcik. Halalkan makan dan minum saya.” Saya kaget apabila bertembung dengan Safiyyah ketika saya hendak melangkah keluar. “Abang nak ke mana?” Saya hanya mendiamkan diri. “Safiyyah, kau masuk!” “Kenapa ni ayah?” “Kau jangan ikut anak cina ni lagi. Kalau kau keluar dari rumah ini, kau bukan anak kami lagi!” “Safiyyah nak ikut abang!”

Saat itu saya dapat lihat perubahan pada wajah Pak Salim dan Mak Senah.Wajah mereka kemerah- merahan. Dan lewat senja itu, kami berdua keluar dari rumah dengan bantuan rakanku. Kami menumpang di rumahnya buat sementara waktu. Dua minggu selepas itu. saya dan Safiyyah selamat diijabkabulkan. Pakcik Safiyyahlah yang banyak membantu.

Sampai kini nama papa, mama, Pakcik Salim dan Mak Senah tetap tersimpan dalam lipatan sejarah hidupku. Kerana merekalah yang tlah memperkenalkan saya kepada alam yang tidak pernah saya tempuhi. Hingga kini. saya langsung terputus hubungan dengan mereka. Setiap kali. saya rasakan saya masih lagi berada bersama mereka. Segalanya masih utuh dan tetap teguh dalam ingatan ini.

“Abang. Abang dah solat ke?” Ah, entah berapa jam saya bertapa di sisi jendela. saya melihat isteriku. Sudah selesai solat agaknya. “Safiyyah, Athirah dah balik ke?” “Sudah, abang. Baru lagi.” Segalanya terhenti apabila loceng rumahku berbunyi tiga kali. Mungkin Mak Limah akan bukakan pintu. Segera saya dan Safiyyah turun ke bawah. Apabila sampai. saya terkejut. Berkali- kali saya menbejapkan mata, mana tahu, kalau pandanganku silap. Waktu mereka memberi salam dan mempekenalkan diri. saya tahu memang mereka. Pandanganku tidak silap.

“Jazlan.”

Saya kenal benar akan suara itu. Suara papa. Mama dan papa yang ku lihat pada masa ini, sudah bertudung dan berkopiah. Sungguh tak ku sangka.

Saya memeluk mama dan papa. Safiyyah juga memeluk Pakcik Salim dan Mak Senah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha agung dan maha mengasihani. rasa bahagia menyelinap ke dalam jiwa. Bahagia. Bahagia di samping, mama, papa, Pak Salim, Mak Senah Mak Limah, Safiyyah, dan yang teristimewa buah hatiku, Salwana Athirah.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA -sajak-


dalam perjalanan senja itu...
ku lihat sepasang manusia...
si adam dan si hawa...
beriringan bersama keimanan...
menuju masjid dihujung jalan...


senja itu...
menyaksikan ikatan cinta...
yang disulam dengan keringat iman...
si hawa membonceng si adam...
mengharungi denai-denai dakwah...
untuk menuju keredhaan Dia...

senja itu...
alangkah indahnya...
cinta yang penuh mewangi...
kerana bersamanya mereka bergerak...
menuju ke rumah Pencipta...
tika yang lian leka dengan dunia...
langsung tak mengendahkan seruan solat...
hanya membiarkan seruan kejayaan itu berlalu...

senja itu...
aku menyaksikan...
betapa cinta yang dibaja dengan ketakwaan...
sampai ke tua mereka bersama...
adam dan hawa berjanji untuk melangkah...
ke syurga bersama, ke neraka tak rela...

andai mereka mengatakan sepasang suami isteri itu romantik...
tika si suami menggenggam tangan isteri walaupun sudah tua...
tapi bagiku....
romantik itu adalah...
tika si hawa membonceng motosikal si adam...
untuk bersama menuju iman...
menunaikan maghrib bersama...
bukan hanya berdua, tapi beramai-ramai...
bersama mereka yang ingin meneguk taqwa...
setianya si hawa membonceng hingga tua...
setianya si adam membawa hawanya bersama...
mengejar pahala 27...

perjalanan itu penuh liku...
dikala matahari mula memencilkan diri...
tika bulan ingin menjelma....
tika syaitan berkeliaran...

tetapi, sepasang anak manusia itu...
setia melewati kubur menuju masjid...
yakin disitulah mereka kan tinggal...
di satu saat yang belum pasti...


senja di lain waktu....


dalam perjalanan senja itu...
ku lihat sepasang manusia...
si adam dan si hawa...
berpimpinan bersama nafsu...
menuju tampat yang tiada hala tuju....

senja itu....
sungguh menyesakkan pandangan...
sungguh menyakitkan iman...
melihat mereka dibawah pohon nan rendang...
bercerita sakan...
bergelak tawa...
tanpa mereka peduli...
hari makin gelap...
tanpa mereka sedari...
dunia hampir kiamat...
tapi, mereka lupa Tuhan...

senja itu...
menyaksikan peristiwa...
sepasang lagi anak adam...
berjanji sumpah setia...
atas nama cinta suci kononnya...
mereka setia bersama membonceng motor...
si adam setia mengusung dosa....
si hawa setia berpandukan dosa...

senja itu...
menyaksikan kekalahan umat manusia...
jatuh berlutut iman dan taqwa...
mohon dikasihani agar tidak meneruskan dosa...
namun ia nya tak diendahkan...
kerana terlalu asyik dengan noda yang bergelora...

senja itu berlalu...
menggendong dosa memikul bersalah...
satu hari nanti...
dosa senja ini ...
kan menjadi curiga dan api yang membara...
kerana ia diletak tanpa hak...

moga-moga...
aku bersama adamku...
setia bersama hingga keakhirnya....
berdua menuju bahagia...
berpimpinan mengharap rumah Dia...
menjadi tetamu yang dirindui Nya...
biar pun rupa berkedut deribu...
biarpun pandagan tak secerah dahulu...
namun iman dan taqwa tak selemah dahulu...
sentiasa memutik sentiasa mewangi...

harap-harap...
aku bersama Adamku...
bermujahadah bersama...
dikepekatan malam yang hening...
mengharap syurga rumahtangga ini...
berkekalan hingga kesyurga...
bersama tawa nangis anak dan cucu...
yang tenang dalam naungan berkah Tuhan...

kerana apa yang aku inginkan...
biarlah aku dan dia...
bercinta sampai ke syurga....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.