SAHABAT SETIA

Selasa, 30 November 2010

PENGUMUMAN MISTERI DARIPADA EMPUNYA TERATAK!!!

SALAM ALAIK...
APA KHABAR PEMBACA SETIA SAYA???

DENGAR SINIE WAHAI PEMBACA SEKALIAN!!!

SAYA PUTERA MUHAMMAD MU`IZZ BIN MAHAYUDIN SELAKU PENULIS UTAMA TERATAK REHLAH MA`A SYABAB ISLAM NAK BUAT PENGUMUMAN!!!

SEMOGA DENGAN PENGUMUMAN INI DAPAT MENINGKATKAN LAGIE SEMANGAT DALAM DIRI BLOGGER-BLOGGER SEKALIAN UNTUK BERKARYA SAMBIL BERDAKWAH DI ALAM MAYA INI....

SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBUKA PINTU HATI SAYA, SEMOGA SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN INI.....

APAKAH PENGUMUMAN YANG INGIN SAYA LAKUKAN???
KLIK BAWAH!!!

DIAM : KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN YANG TERSELIT???

Bismillahirrahmanirrahiim.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagilidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yangbermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah iaberkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!! MASALAH REMAJA ZAMAN SEKARANG!!!

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Isnin, 29 November 2010

ANTARA DOSA ATAU FACEBOOK??? MASALAH REMAJA MASA KINI!!!


facebook-logo.jpg





Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Ahad, 28 November 2010

COUPLE: SMS SERAM DARIPADA AGEN SYAITAN LAKNATULLAH!!!

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..  tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI... 

Sabtu, 27 November 2010

SEDIKIT NASIHAT KEPADA SAHABAT, AHLI-AHLI BLOGWALKING DAN DIRI INIEH!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Suka untuk (kali keberapa entah) ku memetik kata-kata yang ada dalam buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" yang ditulis oleh Fathi Yakan pada mukasurat 22. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan daripada buku ini, cuma fokusku pada kali ini pada perenggan tersebut.


" ...MANUSIA ITU DAPAT DAN BOLEH MENCAPAI KEBAIKAN DAN KEJAHATAN MELALUI DAYA USAHA, IKHTIAR DAN KEHENDAKNYA..."


Namun, segalanya juga adalah dengan izin Tuhan yang Maha Segala, ALLAH. Bagi penerangan tentang aspek yang ditulis ini, penulis merujuk kepada surah As-Syams:7-10 dan Al-Muddatsir:38. Bagi surah As-Syams ayat ke 7 - 10 itu mengingatkan aku tentang video nasyid yang menggunakan maksud empat ayat tersebut sebagai lirik utamanya. Tajuknya 'Demi Matahari' (boleh tengok videonya dibawah.)


Tajuk: Demi Matahari
Kumpulan: Snada

(MasyaALLAH..bila benar-benar kita melihat keberadaan alam semesta yang wujud ini, pasti jiwakan tunduk dan rasa terlalu kerdil jua hina dalam mengagumi kebesaran ALLAH yang Maha Esa.)


Berbalik kepada ayat yang ku 'highlight' kan tadi. Aku amat bersetuju dengan ayat tersebut. Lumrah hidup, apabila kita mahukan sesuatu, maka usaha perlu ada untuk meraihnya. Betul tak? Yelah, even kalau kita nak minum segelas air kosong je pun; perlu ada usaha untuk mengambil gelas dan menuangkan air kedalamnya sebelum boleh kita menelannya.

Untuk diri ini nak buka buku dan baca bagi memasukkan data-data ke dalam akal, perlu ada usaha untuk melakukannya. (ni pun masih belum habis-habis nak baca buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dek kerana lemahnya usaha nak buka buku). Macam terkurang sesuatukan. Ya, KEAZAMAN!

Sebenarnya, entri kali ini aku ingin fokuskan kepada segelintir manusia yang selalu berkata "ala...hidayah tak sampai lagi. Nanti bila dah sampai, aku pakailah tudung/buanglah baju ketat-ketat ni/aku tak keluar dengan lelaki@perempuan (yang bukan mahram)..."--> dan bermacam lagi. Maaf andai ada yang terasa dengan ayatku. Tiada niat pun mahu mengguris rasa kalian. Apa yang ku ingin nyatakan, AYUHLAH..SAMA-SAMA KITA BERUSAHA KE ARAH KEBAIKAN! Demi keberuntungan dan keselamatan diri sendiri juga. 


ALLAH TAK LIHAT PADA HASIL TAPI ALLAH LIHAT PADA USAHA KITA

Kawan-kawan yang ku kasihi..


Sedarlah kita bahawa dunia ini sudah hampir kepenghujungnya.(Ingatan untuk diri ini yang selalu lupa juga) Sedangkan apabila sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W. bertanya tentang bilakah tibanya hari akhir dunia itu. Maka, Rasul pun mendekatkan dua jarinya yang menandakan bahawa masanya teramat dekat. DEKAT SANGAT! ALLAHUAKBAR! 

Bila lagi mahu berubah?? kalau tidak sekarang kawan-kawanku. Berubah ke arah kebaikan. Menjadi umat Islam yang sebenarnya. (ALLAH...Ingatkan aku sentiasa tentang hal ini ..ya ALLAH...) 

Kepada yang tidak menutup aurat, mulakanlah langkahmu dalam menutupinya sedikit demi sedikit andai perubahan yang ketara tidak mampu kau bawa. Ya, sedikit demi sedikit kawan-kawanku. Tentanglah nafsu yang dibelakangnya punya sahabat setia yang bernama SYAITAN yang juga sedikit demi sedikit mahu menelanjangimu. (Maaf andai rasa kata-kataku menusuk hatimu) ---> Namun segalanya ku nyatakan kerana aku amat menyayangi kalian. 

Juga kepada kawan-kawan yang sedang dipenuhi rasa cinta dalam jiwa terhadap teman istimewa. Tolonglah jangan menZALIMI diri kalian dengan berdua-duaan, berpegangan tangan dan apa-apa lagi yang sebenarnya kalian tahu bahawa itu adalah perkara yang melanggari batas agama ISLAM.. Satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. (Moga aku juga tidak menZALIMI diriku sendiri)

menZALIMI DIRI?? Ya.. menZALIMI diri..Z.A.L.I.M. Mungkin di entri lain akan ku tulis tentang apa yang pernah ku dengar tentang perkara tersebut melalui ceramah yang ku hadiri di Masjid Rahimiah Kalng baru-baru ini. 

Maafkan aku kawan-kawan. Aku terlalu menyayangi kalian kerana ALLAH. Apa yang ku tulis juga sebagai kekuatan untukku (yang menulis) membaiki diri dengan lebih baik lagi. SEGALA-GALANYA DENGAN IZIN ALLAH..

Ya.. sebelum terlupa. Ingatlah apa-apa yang kita harapkan adalah dengan izin ALLAH. Setelah kita berusaha, maka mohon dan berdoalah kepada ALLAH untuk mengizinkan dan mengurniakan kebaikan kepada kita. DIA PENENTU SEGALA-GALANYA. 

Wallahu'alam

ANAK-ANAK KEDAH :: KEM ANAK SOLEH & KEM BINA INSAN

ANAK-ANAK KEDAH :: KEM ANAK SOLEH & KEM BINA INSAN





Kerajaan Negeri Kedah meneruskan agenda TARBIYAH ummahnya, memastikan rakyatnya CELIK AGAMA, berpaut pada PEGANGAN YANG BENAR, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..
JOM ADIK-ADIK!!!
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.


Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..
Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :
· Pembangunan Insan Kedah :http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/
· Kem Anak Soleh : 
· Kem Bina Insan : 
Atau boleh berhubung terus dengan :
Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733

APAKAH ITU USRAH??? "REVOLUSI USRAH"



Apakah itu Usrah?

Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)
Asal usulnya bagaimana?
Sebenarnya konsep usrah ini telah dipelopori oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Sirah telah membuktikan bahawa baginda sendiri telah berusrah bersama-sama para sahabat di rumah Al-Arqam Abi Al- Arqam ketika permulaan agama Islam di kota Mekah. Konsep usrah ini seterusnya telah dihidupkan semula oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924.
Rukunnya apa eh..?
  • Ta`aruf ( Berkenalan )
  • Tafahum ( Bersefahaman )
  • Takaful ( tolong – menolong )
Kenapa mesti Usrah? Bagaimana pentarbiyyahan yang lain?
Usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah kerana cara ini paling berkesan berbanding cara pertarbiyyahan yang lain seperti kuliah, forum, ceramah, tamrin dan sebagainya.Kata murabbiku..
“Invividu yang lahir dari pentarbiyyahan secara usrah yang istiqomah berbeza sekalidengan individu yang hanya menyertai kem-kem pentarbiyyahan”

Jumaat, 26 November 2010

AGENDA FREEMANSON YANG HARUS DI PANDANG SERIUS!!

Dialog Bersama Bishop

Dialog Bersama Bishop
Kredit to: Free Our Mind(blog pertama yang mendedahkan dialog ini sebelum ianya tersebar)

Iblis merupakan musuh kepada Umat manusia semenjak beliau yang di laknat oleh ALLAh s.w.t akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. Bermula daripada sangka buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam sehinggalah akhirnya beliau yang menaruh dendam terhadap Umat Nabi Adam dan berjanji untuk menyesatkan Umat manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan Umat manusia terutama Umat Islam dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan dan jin, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.
‘Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala’.- Surah Al-Fathir ayat 6
Di dalam surah lain pula Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:
“Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”
Kemudian saya akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”- Al-Araf ayat 16-17
‘Hai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa (Adam dan Hawa) kamu dari syurga, ia menanggalkan keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.’ (Surah Al Araf, Ayat 27)
Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope, Pope Roman Peter II, Cantus, Benidictine Order? Di sini saya ingin berkongsi cerita daripada seorang pembaca blog rakan seperjuangan. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada masa sekarang.
” 2 minggu lepas semasa saya di new york,terjadi satu peristiwa yang telah mem-brainwash-kan saya,cerita nyer macam ni…..”
semasa saya dan pak cik bersiar2 di kota selepas singgah di sebuah kedai,pak cik telah tercicir barang yang dia beli,saya pulak tunggu dia dekat kereta dan terasa nak berak pulak..tak tahan giler,nak cari tandas tanya orang ada dekat situ,balon je la..gereja pun gereja la tumpang berak jer..
rupanyer gereja tu ada buat satu ceremony,ada orang pakai jubah dan topi segitiga,tengok air muka macam yahudi laknat jer…lantak ar.Bila sampai rumah pak cik aku, orang yang pakai jubah setan tu jadi jiran pulak..selang 2 rumah jer.2 minggu aku dah spy dan tegur org ni…takda apa2 pun hidup macam orang biasa jer..sampai la satu topik perbualan tu…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.