sudah agak lama ana x hantar entry terbaru... sebenarnya, ana ke KL baru-baru inie... untuk melawat moyang kesayangan ana, TUNKU KUDIN BIN TUNKU YAAKOB yang kini sedang sakit tua... beliau merupakan waris tunggal keluarga ana.... Beliau merupakan pakar sejarah... umurnya telah menjangkau 82 tahun pada 28 Disember 2010 inieh... muda 1 tahun daripada Sultan Kedah sekarang... semoga Allah memberkati dan merahmatinya...
InsyaAllah, ana akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan asal usul keturunan ana... ana mendapat maklumat ini daripada moyang ana, Tunku Kudin ketika ana menziarahi beliau... menurutnya, beliau merupakan keturunan Ke-7 Tunku Anum, iaitu Raja Kubang Pasu Darul Qiyam... menurut beliau juga, tok wan ana, Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 8 maka secara tidak langsung, mak ana, Tunku Zarita Bt. Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 9 dan akhirnya ana, Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin merupakan keturunan yang ke- 10... menurutnya lagieh, nama ana selain Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin ialah Raden Muhammad... memang benar, moyang ana inie saja panggil ana Raden... ana pun x tahu asalnya macam mana nama itu buleyh muncul... bila ana tengok balik salasilah yang telah disusun beliau, Raden Muhammad adalah nama nenek moyang ana jugak... oleh itu, ana mempunyai dua nama... maka dengan inie, ana membuat kesimpulan bahawa mungkin nama tersebut tercetus dari situ,.... biasalah orang dulu2, namanya lebih kurang sama... mengapa ana tidak sebut saudara mara yang lain??? ini kerana keturunan di kira melalui anak sulung kepada anak sulung dan anak sulung serta begitulah seterusnya (anak sulung sahaja di sebut sebagai keturunan dalam salasilah)...
macam2 cerita berkenaan sejrah asal usul keturunan ana yang ana dengar di sana,... Subhanallah... ana pun x pernah tahu sebelum inieh.... Alhamdulillah... hari inie, Allah telah temukan ana dengan keturunan ana....
dan di sinie ana uploadkan sejarah TUNKU ANUM, Raja Kubang Pasu, Darul Qiyam dan siapakah beliau...
inielah asal usul ana... sesungguhnya maklumat inie masieh tidak lengkap... InsyaAllah, ana akan updatekan andai kata ana mendapat maklumat terbaru....
Tunku Anum Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam
Baliau merupakan seorang tokoh besar yang banyak berjasa kepada negeri Kedah iaitu Tunku Anum ibnu Tunku Abdul Rahman Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam (1841-1853). Tokoh ini muncul tatkala Kedah dibawah penjajahan Siam yang membawa berlakunya perang Siam–Kedah 1821-1842. Dengan kekalahan tersebut Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah terpaksa menyelamatkan diri ke Pulau Pinang dan kemudiannya ke Melaka. Walaupun Kedah kalah kepada Siam namun pahlawan-pahlawan Melayu terus membuat pemberontakkan dari masa ke semasa. Pahlawan-pahlawan Kedah sentiasa merancang serangan ke atas Siam demi merebut semula Kedah. Tokoh seperti Tunku Kudin, Tunku Long Putih, Tunku Sulaiman, Tunku Muhammad Saad dan Dato’ Muhammad Ali adalah diantara pahlawan-pahlawan Kedah yang telah memimpin beberapa siri pemberontakan melawan Siam di Kota Kuala Kedah dan Ligor (Nakon Sri Tammarat. Namun semua pertempuran tersebut gagal untuk menawan semula Kedah.
Memandangkan sudah ramai pendekar Kedah yang tewas di medan juang sedangkan Siam tidak juga dapat dikalahkan maka Tunku Anum mula berikhtiar mencari jalan lain untuk membebaskan Kedah. Baginya Kedah tidak boleh dimerdekakan melalui kekerasan tetapi melalui diplomasi dan helah siyasah. Lalu melalui muslihat politik yang bijak beliau telah pergi ke Ligor menemui Phya Sina Nonchit berpura-pura kononnya belot terhadap Kedah. Sedangkan sebelum itu beliau telah pun menyiapkan pahlawan-pahlawan Kedah untuk terus-menerus menyerang kedudukan Siam. Latihan perang gerila telah diadakan di Gua Kerbau, Bukit Kapelu, Kodiang.
Di Ligor Tunku Anum telah mendapat kepercayaan pemerintah Siam dan beliau telah melakukan apa sahaja yang boleh untuk membantu Kedah secara sulit. Akibat daripada serangan Kedah yang berterusan menyebabkan benteng Siam di Alor Ganu semakin sulit. Oleh itu Raja Ligor berkali-kali memintanya agar menjadi wakil Siam di Kedah. Namun beliau menolak kononnya bimbang nanti pahlawan Kedah membunuhnya kerana belot. Sedangkan sebenarnya beliau tidak mahu menjadi boneka Siam di Kedah. Akhirnya akibat kedudukan Siam yang semakin genting, pemerintah Siam di Ligor telah mengutuskan surat rasmi kepada Tunku Anum memaklumkan bahawa Kedah bebas dan Kedah hanya diminta menghantar ufti bunga emas.
Dengan pembebasan tersebut, Tunku Anum dan orang-orangnya pulang ke Kedah setelah bertahun-tahun lamanya tinggal di Ligor. Setelah pulang ke Kedah kedudukannya sangat kuat dan sekiranya beliau mahu menjadi Sultan Kedah maka beliau memang boleh melakukannya. Akan tetapi beliau telah mempelawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang sudah 18 tahun tinggal di Melaka agar pulang ke Kedah. Pada tahun 1842 pemerintah Siam di Bangkok secara rasmi telah menyerahkan kedaulatan Kedah kepada Sultan Kedah.
Mengenang jasa Tunku Anum terhadap negeri Kedah maka Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah menghadiahkan kepadanya Kubang Pasu dengan 24 mukim yang terdapat didalamnya. Sebagai Raja Kubang Pasu beliau telah menjadikan Pulau Pisang sebagai pusat pentadbirannya. Di Pulau Pisang ini beliau telah membina kota parit dan pekan pesara. Tunku Anum turut membangunkan perusahaan kain dan penjara. Sungai turut dikorek untuk memudahkan perhubungan. Beliau telah memerintah Kubang Pasu selama 17 tahun sehingga kemangkatannya pada tahun1853. Pada zaman Tunku Ishak memerintah Kubang pasu beliau telah menyerahkan kembali pemerintahan Kubang Pasu kepada Sultan Kedah.
Analisis ringkas
1. Tunku Anum telah menjalankan strategi bijak dalam membebaskan Kedah daripada cengkaman Siam. Beliau berdiplomasi dengan musuh seolah-olah menyokong Siam sehingga beliau sanggup menghambakan dirinya kepada Raja Ligor bertahun-tahun lamanya. Pada masa yang sama beliau mengutus utusan kepada pahlawan-pahlawan Kedah agar menyerang Siam dan memutuskan bekalan makanan tentera-tentera Siam. Perkara ini sebenarnya bukan mudah untuk dilakukan melainkan oleh seorang tokoh yang hebat.
2. Sangat jelas kejujuran Tunku Anum dalam usahanya untuk membebaskan tanahirnya. Sebanyak dua kali beliau mempunyai peluang untuk menjadi pemerintah Kedah yang berkuasa namun ditolaknya. Pertama ketika beliau diminta untuk menjadi wakil pemerintah Siam di Kedah dan kedua ketika beliau berjaya mendapat kemerdekaan daripada Siam dan pulang ke Kedah dalam keadaan Sultan Kedah masih dalam buangan di Melaka. Jika beliau seorang yang opurtunistik sudah tentu pada waktu itu beliau sudah naik takhta kerajaan Kedah. Akan tetapi itu semua tidak dilakukannya demi watan dan rajanya. Semua yang dilakukannya adalah untuk agama, bangsa dan negaranya.
3. Tunku Anum telah berjaya mewujudkan suasana menang menang (win win) dalam perundingannya dengan raja Ligor. Beliau berjaya memujuk Siam agar melepaskan Kedah dan Kedah pula setiap 3 tahun sekali akan menghantar ufti bunga emas kepada maharaja Siam di Bangkok. Walaupun Kedah masih dalam naungan Siam akan tetapi Kedah telah dapat berdiri sendiri dan bebas memerintah tanpa campur tangan Siam.
4. Sebenarnya nama Tunku Anum mula popular apabila beliau dilantik sebagai ketua penghantar Bunga Emas kepada Kerajaan Siam oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang Ke-2 dan Tunku Dhiauddin yang memerintah Kayang (Perlis). Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1809. Sesuai dengan tugasnya seorang diplomat yang berurusan dengan Kerajaan Siam, Tunku Anum dikurniakan gelaran “Tunku Paduka Raja Jambangan”. Pada zaman itu,seseorang yang dilantik menjadi penghantar bunga emas amat disanjungi oleh rakyat Kedah kerana tugas tersebut amat berbahaya kerana terpaksa meredah hutan belantara, meredah gunung dan mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke negeri Siam. Disamping itu perjalanan yang jauh itu juga terdedah dengan perompak dan pencuri. Namun tugas yang berat ini dapat dilakukan dengan jayanya oleh beliau.
5. Semasa memerintah Kubang Pasu beliau telah dibantu oleh seorang ulama iaitu Hj. Ishak Pulau Pisang yang banyak mempengaruhi pemerintahan beliau. Bahkan ketika Tunku anum tiada dalam negeri untuk urusan luar seperti menghantar Bunga Emas ke Bangkok maka Hj. Ishak memangku jawatannya memimpin Kubang Pasu. Di sini bergabunglah umara’ dan ulama’ memerintah negeri.
Kesimpulan
Sebagai seorang muslim saya berpendapat tokoh seperti Tunku Anum ini wajar dihargai dan terus diingati. Ini kerana usahanya yang tekun telah membawa merdekanya Kedah daripada penjajahan kuasa kufur Siam. Dengan ini berdaulatlah agama Islam dan syiar ibadat di negeri Kedah. Rakyat Kedah bebas beramal dengan hukum agama Islam dan melaksanakan budaya hidup Melayu dengan aman dan tenteram. Bayangkan jika Kedah terus dicengkam kekuasaan kufur Siam. Lihat dan perhatikanlah bagaimana nasib saudara kita di wilayah Islam di Selatan Thailand hari ini.
Kita dapat perhatikan di sana diskriminasi, penindasan dan pembunuhan umat Islam sangat menyedihkan kita. Masjid diceroboh, rumah di serang dan keselamatan tidak terjamin. Akan tetapi kita di sini aman dan agama kita tegak berdiri. Jasa siapakah hingga kita bernasib baik begini? Khidmat siapakah sehingga raja kita berdaulat dan agama kita tegak? Itulah khidmat, jasa dan pengorbanan Tunku Amun dan seluruh perwira-perwira Kedah yang telah berjuang membebaskan Kedah daripada kekuasaan kufur yang zalim dan kejam. Oleh itu saya menyeru kepada rakyat Kedah agar tidak melupakan mereka. Datanglah menziarahi makam Tunku Anum dan hadiahkan al-fatihah sebagai tanda penghargaan ke atas jasa-jasa mereka.
Saya juga menyeru ibu bapa agar memperkenalkan tokoh seperti Tunku Anum ini kepada anak-anak. Ini agar anak-anak kita menjadikan pejuang-pejuang ini sebagai hero dan idola mereka. Jangan biarkan superman, spiderman dan ultraman menjadi hero mereka. Seterusnya saya menyeru kepada para guru dan golongan pendidik agar menyebut tokoh pejuang Melayu ini dalam pengajaran mereka di dalam kelas. Biar generasi muda kita tahu dan kenal pejuang bangsa dan jangan biarkan mereka hanya kenal ahli sukan dan artis pujaan mereka sahaja. Bagitu juga pihak kerajaan negeri dan pusat hendaklah berusaha mengangkat dan memartabatkan para pejuang bangsa Melayu ini ke muka rakyat. Pada setiap hari sambutan kemerdekaan negara perlulah dijulang nama Tunku Anum dan orang-orang sepertinya sebagai pahlawan nasional. Jangan hanya nama tokoh-tokoh UMNO sahaja yang disebut sebagai pejuang kemerdekaan negara.
GALLERI GAMBAR :
Makam disebelah Makam TUNKU ANUM dipercayai Isteri dan anak baginda
lebieh jelas!!!
Pemandangan Makam Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
inilah Gua Kerbau pernah suatu ketika dahulu menjadi tempat latihan gerila-gerila Kedah untuk menentang Siam.
p/s: entry kali inielah hanyalah sekadar untuk memperingati asal usul keturunan ana,... bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ataupun ria` semata-mata... semoga Allah membantu ana dalam usaha menjejaki asal usul keturunan ana nieh... masieh jauh perjalanan inieh.... doakan ana berjaya!!! ana yakin, anda juga punya keturunan yang baik-baik sokmo... maka, marilah sama-sama kita memperingati mereka... ana teringat satu ayat dalam sebuah article moyang ana, Tunku Kudin Tunku Yaakob, beliau kata "Tanpa Mereka, Siapalah Kita!!!" hayatilah kata2nya inie...
assalamualaikum anakanda muiz...teruskan penulisan dan cuba kaitkan salasialah ini dengan kitab merong mahawangsa..di dalam kitab itu terlalu banyak manfaatnya....dakmie
BalasPadamInsyaAllah... jazakallah khaira khathir... kalau ada kitab tu, bley sampaikan... :-)
PadamSalam. Cari keturunan bukan setakat untuk pengetahuan tapi satu cara untuk mengeratkan silatulrahim sesama keturunan. Kenapa tak jejak saudara mara seketurunan di Kg Pulau Pisang. Bukan setakat makam Tunku Anum ada di sana, keturunan ke-6,ke-7,ke-8,ke-9,ke-10 dan seterusnya masih ada dan sihat semuanya.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamGlad to see your blog. May ALLAH always be with you wherever you go. Send my birthday wish to your beloved mum Tunku Zarita today i.e. 23/4 (43th). You've such a wonderful mum and dad.
Wssalam
InsyaAllah... :-)
Padam