SAHABAT SETIA

Isnin, 27 Disember 2010

MANTAPKAN IMAN??? DI MANA LANDASANNYA???

SEJAK akhir-akhir ini, kejadian rogol di kalangan ahli keluarga sendiri atau lebih dikenali sebagai sumbang mahram semakin membarah dalam masyarakat Melayu.
Perlakuan sumbang itu berlaku dalam masyarakat Melayu yang sekian lama begitu gah dengan nilai ketimurannya. 


Keadaan yang cukup menggerunkan ini meninggalkan titik hitam dalam diari kehidupan manusia. Ini sekali gus menyentap nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan
yang juga tonggak utama kepada keharmonian masyarakat dan kesejahteraan negara berdaulat.

Berdasarkan kepada kes yang dirujuk ke Pusat Khidmat Sepadu Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebanyak lapan kes sumbang mahram
dilaporkan pada 2000.

Bagaimanapun, jumlah itu meningkat kepada 22 kes pada tahun 2001. Ini bermakna kes sumbang mahram yang dilaporkan di HKL saja, meningkat 100 peratus
berbanding tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan betapa isu sumbang mahram adalah gejala sosial yang semakin membimbangkan. Perbuatan terlarang itu perlu
diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak dalam menangani kes itu.

Perlu ditegaskan bahawa perbuatan sumbang mahram membawa pelbagai kesan negatif dan akibat buruk kepada semua pihak, terutama kepada mangsa. Mereka
pasti akan menderita tekanan psikologi dan mengharungi masa depan yang tidak ketentuan.

Ini ditambah lagi, perbuatan sumbang mahram ini buka saja berdosa dari segi agama Islam, malahan bertentangan dengan logik akal, nilai kemanusiaan dan
undang-undang.

Tetapi, persoalannya apakah punca sebenar merebaknya perbuatan itu dalam masyarakat Islam hari ini?

Menghadapi persoalan yang semakin meruncing ini, Islam yang diutuskan Allah melalui pesuruh-Nya Rasulullah saw membawa panji Islam untuk menjamin
kesejahteraan hidup umat manusia di dunia dan akhirat. Islam datang bersama dengan agenda utamanya untuk memelihara agama, nyawa, harta, keturunan, akal dan
maruah kehormatan. Ini agar manusia sejagat dapat menikmati kehidupan ini dengan aman damai dan bahagia.

Justeru, tiada sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Islam ada menyediakan jawapan atau jalan penyelesaiannya bagi mengatasi dan selanjutnya menghapuskan masalah itu dari akar umbinya.

Di sinilah letaknya keunikan Islam yang tidak ada pada agama lain.

Islam adalah addin yang menjalin erat hubungan di antara seseorang Muslim dengan Allah sebagai Penciptanya dan Tuhan sekalian alam ini. 

10 WASIAT AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.


2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.


3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.


4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Khamis, 23 Disember 2010

~Insan Generasi Pewaris~


Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat. 
Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan
. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya



عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه 

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda
 ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih] 

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la)

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.
قال النبي صلى الله عليه وسلم . : إغتنم خمسا قبل خمس : (1) شبابك قبل هرمك . (2) وصحتك قبل سقمك . (3) وغناك قبل فقرك . (4) وفراغك قبل شغلك . (5) وحياتك قبل موتك رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما 

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
 ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم 

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim)

Pemuda dan Dakwah Islam.

قال صلى الله عليه وسلم ” أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ “. رواه البخاري 

Rasul Allah saw. bersabda :
 ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari]

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemudaku, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan ”Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami“. 

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

Kita dan pemuda. 


Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain ”daun yang bakal layu esok hari“.

Kita tinggalkan anak-anak kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.

Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya ”ayah-ayah" dan ”golongan tua” yang membaca postku ini.

-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?

Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang
 tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~

Ahad, 19 Disember 2010

Cik Beeha & Rehlah Ma`a Syabab Islam (RMSI) .... Apa Kaitannya???

salam alaik...

apa khabar??? lama ana x buat entry baru...
sbuk sikiet dgn tsyen....
ari nie last day tsyen....


itulah tjuk entry kali nieh...
huh.... susah nak tulis entry kali nieh... hehehe...

nak tau x,
benda apa yg ana maksudkan itu???

teruskan membaca...

fistly, nak cerita ttg Rehlah Ma`a Syabab Islam (RMSI)....

perasan x blog nie dah ada sesuatu yang baru....

yeah....
bout the header...

nak tau mana cek dapat???
from this link 

Blog Cik Beeha


ana terbaca salah satu entry dia....
dia kata, dia akan tlog buat header untuk sesiapa yg request 3 paling awl...




cek pun apa lagieh..... dah lama tringin nak buat header...
bukan x reti... tpi malas dan dsbabkan tanggungjawab sbg anak dan pelajar yang x pernah lekang dari diri inieh, so x buat jugaklah...


 then bila dah jumpa  Entry Cik Beeha inie, terasa nak mencuba nasib...
cek pun cubalah nasib.... cuba2, igtkn dh x ley dah....
tp wktu cek cuba tuh... cek kata "saya nak menuntut janji di blog anda, saya orang pertama?"
hehhee....




dok 2 hari lepas tuh, dia mmbalas, katanya saya orang yang last... tekejut jgak...
sya dh melepas la nieh... bila baca ayt seterusnya, dia kata saya yang ke-3... hehehehe...
maknanya ada lagi peluang tuh.... then, kami pun bertukar link blog dan dia buat header untuk saya....


maka terjadilah header seperti inieh 


~alfu Syukran~

ok kan??? hehehe.... x silap cek inie adalah yang ke-4 setelah cek reject yg 1 2 3 ....
hahhaa... jahat kan.... dah la org tolong buat... main rejet2 pulak.... haish....

apa pun ana nak ucap alfu syukran `ala Cik Beeha.....
semoga Allah merahmati anda ~~



Selasa, 14 Disember 2010

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Ahad, 12 Disember 2010

TUNKU ANUM, RAJA KUBANG PASU DARUL QIYAM...

salam alaik... apa khabar pembaca setia bloG REHLAH MA`A SYABAB ISLAM??? alhamdulillah.... dengan Izin Allah ana masieh diberikan Ni`mat Sihat dan Iman dalam meneruskan kehidupan sebagai Khalifah di muka bumi Allah inieh... 


sudah agak lama ana x hantar entry terbaru... sebenarnya, ana ke KL baru-baru inie... untuk melawat moyang kesayangan ana, TUNKU KUDIN BIN TUNKU YAAKOB yang kini sedang sakit tua... beliau merupakan waris tunggal keluarga ana.... Beliau merupakan pakar sejarah... umurnya telah menjangkau 82 tahun pada 28 Disember 2010 inieh... muda 1 tahun daripada Sultan Kedah sekarang... semoga Allah memberkati dan merahmatinya...


InsyaAllah, ana akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan asal usul keturunan ana... ana mendapat maklumat ini daripada moyang ana, Tunku Kudin ketika ana menziarahi beliau... menurutnya, beliau merupakan keturunan Ke-7 Tunku Anum, iaitu Raja Kubang Pasu Darul Qiyam... menurut beliau juga, tok wan ana, Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 8 maka secara tidak langsung, mak ana, Tunku Zarita Bt. Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 9 dan akhirnya ana, Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin merupakan keturunan yang ke- 10... menurutnya lagieh, nama ana selain Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin ialah Raden Muhammad... memang benar, moyang ana inie saja panggil ana Raden... ana pun x tahu asalnya macam mana nama itu buleyh muncul... bila ana tengok balik salasilah yang telah disusun beliau, Raden Muhammad adalah nama nenek moyang ana jugak... oleh itu, ana mempunyai dua nama... maka dengan inie, ana membuat kesimpulan bahawa mungkin nama tersebut tercetus dari situ,.... biasalah orang dulu2, namanya lebih kurang sama... mengapa ana tidak sebut saudara mara yang lain??? ini kerana keturunan di kira melalui anak sulung kepada anak sulung dan anak sulung serta begitulah seterusnya (anak sulung sahaja di sebut sebagai keturunan dalam salasilah)...


macam2 cerita berkenaan sejrah asal usul keturunan ana yang ana dengar di sana,... Subhanallah... ana pun x pernah tahu sebelum inieh.... Alhamdulillah... hari inie, Allah telah temukan ana dengan keturunan ana....


dan di sinie ana uploadkan sejarah TUNKU ANUM, Raja Kubang Pasu, Darul Qiyam dan siapakah beliau...
inielah asal usul ana... sesungguhnya maklumat inie masieh tidak lengkap... InsyaAllah, ana akan updatekan andai kata ana mendapat maklumat terbaru....

Khamis, 9 Disember 2010

SAHAM DUNIA ATAU SAHA AKHIRAT??? SATU PENILAIAN YANG BERMAKNA!!!

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.


Alhamdulillah dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt, Tuhan yang Maha Pemurah. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, nabi yang membawa rahmat.

Saham dunia dan saham akhirat, suatu penilaian. Merupakan tajuk yang ana akan kupaskan secara ringkas untuk membuka fikrah pembaca bagi memahami kepentingan hidup dan erti sebuah kehidupan. Apabila kita menyebut tentang saham, mesti ramai diantara kita akan fikirkan tentang instrument pelaburan, pemilikan hak milik dan kepentingan atau apa-apa sahaja yang seerti dengannya. Pendek kata, bila sebut sahaja saham, semua orang tahu terutamanya mereka yang memiliki aset dan harta kekayaan. Namun begitu, inilah yang dikatakan saham dunia yang sering menjadi rebutan hingga ada yang sanggup bunuh membunuh untuk memilikinya.

Saham dunia, adalah suatu pelaburan yang dibuat oleh seseorang individu untuk memiliki kepentingan di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Dalam erti kata mudah, seseorang yang membeli saham, bermakna mereka telah membeli hak ke atas sesebuah syarikat dan mereka juga adalah sebahagian daripada pemilik syarikat berkenaan dan hasilnya mereka beroleh keuntungan dan kekayaan hasil daripada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Namun jika syarikat mengalami kerugian, maka mereka juga terpaksa menanggung kerugiaan tersebut. Saham dunia ini sering diperbincangkan secara meluas di dalam universiti, media masa dan elektronik dan sebagainya. Pendek kata ia merupakan suatu kepentingan untuk diri dan negara. Jika sesebuah negara dapat ramai pelabur, maka ia mampu untuk menjana ekonomi negara tersebut dan ia amat penting jika dibincangkan di dalam subjek yang berteraskan ekonomi. Dari segi hukumnya, ia adalah harus untuk ummat Islam.

Saham dunia yang menjadi rebutan orang-orang kaya

Jumaat, 3 Disember 2010

"Ish, takkan ana pulak. Orang lain ramai lagi, pilih orang lain la.”

ana ke???


“Ish, takkan ana pulak. Orang lain ramai lagi, pilih orang lain la.” itulah jawapan yang sering kita berikan apabila kita diminta untuk menjadi seseorang yang dipertanggungjawabkan, terutamanya berkenaan dakwah.

Ayat “ana tak layak,” atau ”ana baru lagi” akan menjadi mangsa apabila kita beralasan.
Maka sebelum lebih banyak ayat yang akan menjadi mangsa, ada baiknya kita renungkan semula apa yang difirmankan oleh Allah berkenaan dakwah.


Mush\

Assalamualaikum.. salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan di sayangi..
hari ini PUTERA MU`IZZ hendak kongsikan fenomena yang biasanya berlaku dikalangan sahabat2 kita sendiri..apabila tanggungjawab dan kepercayaan serta amanah yang diberikan kepada mereka..mereka hendak menolak dan berdalih..terutamanya berkenaan dakwah..
memang tidak dinafikan dakwah orang memang sukar..
malah jika kita membiarkannya kesannya lagi besar dan semakin gusar..
Tujuan utama kita dilahirkan ke muka bumi ini adalah utk mengabdikan diri kepada Allah..
dan menjadi khalifah di muka bumi..


POGRAM CUTI SEKOLAH!!!

SALAM ALAIK....
alhamdulillah dengan ni`mat Islam, Iman dan Kesihatan yang ada pada ana nieh anugerah daripada sang Pencipta.... akan ana gunakan sepenuhnya....

tadi, ana ke Masjid Al-`Ala... utk solat jumaat...
lebieh kurang 12.30 ana sampai... agak awallah.... masuk waktu pukul 1.10p.m. ari nieh....

sesampainya ana dihadapan pintu pagar masjid....
"alhamdulillah, Allah sedang memelihara imanku" bisik hati kecilku inieh...

ana pun apa lagieh... park je la kenderaan ana tuh.... hahahaha.... nek basikal ja...
selalunya datang dgan ayah... tpi ayah ada hal di Pattani, Thailand so, nampaknya ana kena p sendiri la...

"Assalamuaalaikum!" sapa ana kepada satu kumpulan di wakaf tajaan Tun Mahathir bersama istrinya...

"Waalaikummussalam,..." jawab salah seorang daripadanya...
ana pun buat2 peramah la dengan diorang....
korek punya korek, ruapa-rupanya diorang datang ada hajat...
iaitu menyebarkan risalah dan poster tentang pogram cuti sek nieh...

ana pun apa lagi, DEMI AGAMA ISLAM!!!
ana sanggup membantu kata ana kepada mereka... maka kami pun bergeraklah....
ana juzz amik poster tampal kat board jerw.... hehehe.... mudahkan???

ANDAI RASULULLAH BERSAMA KITA...

Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.

Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.









Sudah banyak kali saya menyaksikan petikan video yang satu ini. Jika diulang tayang berkali-kali pun, ia masih menghadirkan keinsafan di dalam diri. Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.



Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.Inilah yang berlaku kepada diri saya setiap kali menonton petikan video yang menampilkan satu rancangan berbahasa arab bertajuk : Lau kaana bainana. Rancangan ini mengenengahkan persoalan bagaimana sekiranya Rasulullah SAW, hidup dan berada di tengah-tengah kehidupan moden hari ini.

Bersama-sama kita!



TERIMA KASIH SAHABAT!!!

SALAM ALAIK...
APA KHABAR KALIAN SMUA???

ALHAMDULILLAH....
KERNA NI`MAT ISLAM, IMAN DAN SIHAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA SAYA, SAYA MAMPU MENCORETKAN POST KALI INIEH...

ENTRY KALI NIEH SEBAGAI MEMPERINGATI SAHABAT SAYA YANG SORANG NIEH YANG BANYAK SANGAT MEMBANTU SAYA KETIKA SAYA SENANG DAN SUSAH DAN YANG PALING SAYA TERHARU IALAH DIA MAMPU MEMBUATKAN SAYA SENYUM KETIKA SAYA DALAM MASALAH...

ITULAH ERTI SAHABATKAN???

Saya ertikan sahabat sebagai orang yang paling rapat dengan kita sama ada dalam senang atau susah...

sahabat dan rakan, samakah ia??
bagi saya tak sama!!!
kerna sahabat itu lebieh indah bagi saya daripada seorg rakan...

Ingatlah, selagi anda mempunyai sahabat,
hargailah ia....
jika anda belum jumpa shaabat anda, carilah ia..... kerna pasti ia hadir di antara rakan anda...

inilah erti sahabat bagi saya:
1. Sahabat tak akan tinggalkan sahabatnya dalam kesusahan...
2. Sahabat akan sentiasa mengingati sahabatnya walau di mana dia berada...
3. Sahabat akan lakukan apa sahaja demi sahabatnya walau pun terpaksa bergadai nyawa...

Siapakah sahabat saya??? klik lagie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.