SAHABAT SETIA

Selasa, 30 Disember 2008

9 SITI YANG MULIA

1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

IMAM GHAZALI BERTANYA

Apakah jawapan bagi soalan berikut?
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Isnin, 29 Disember 2008

MasyaALLAH apa sudah jadi nie???

Islam dlm BAHAYA!!!...

sila baca ye... Linda Joy yg pasti dilaknat Allah s.w.t....

Message: Lupakan AF, Mentor, Explorace,etc...
For now, please focus on this.
Try to contribute in whatever options you have.
Sebarkan pada rakan muslim kita....
Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC.
Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar.
Boleh hubungi Ust.Zulkefli sendiri (0133998718)untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...
APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN.... 1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP Dengan tidak membuat apa-apa ATAU 3)BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.(nau'zubillah) Kalau pilihan anda adalah 1, FORWARD kan mesej ini kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam frenster anda.Kalau pilihan anda adalah 2, deletelah mesej ni atau peramkan ia di dalam mailbox anda.
Sesungguh Nya, pada hari akhirat kelak akan ditanya apakah sumbangan anda untuk agama anda?

Ahad, 28 Disember 2008

memelihara nikmat telinga

MEMELIHARA NIKMAT TELINGA
Putera Unggal
Revolusi Dakwah

PENDENGARAN merupakan pancaindera penting bagi kehidupan manusia. Tanpa telinga, manusia akan menjadi tuli atau pekak. Deria pendengaran lebih afdhal daripada deria penglihatan kerana banyak faedah pendengaran itu adalah bagi kegunaan di akhirat kelak. Berbeza dengan penglihatan yang lebih banyak faedahnya untuk kegunaan di dunia yang fana ini. Sebagai perbangingan, orang buta boleh bercakap secara sempurna lantaran mampu mendengar dan memahami pertuturan. Sebaliknya orang pekak mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dan terpaksa menggunakan bahasa isyarat.
Allah swt menjadikan telinga sebagai alat untuk mendengar, memahami pertuturan dan memudahkan berbicara sesama manusia. Telinga juga berperanan sebagai alat untuk mengenali bahawa atau perkara yang mendatangkan keburukan. Lebih utama lagi, telinga digunakan untuk mendengar ayat-ayat suci Al-Qur'an dan Hadith RasulALLAH saw serta ceramah di mejlis-mejlis ilmu yang bermanfaat.
Sesungguhnya kita wajib mensyukuri nikmat pendengaran yang dikurniakan Allah swt ini. Bayangkan jika tiada nikmat pendengaran, tentu kita akan merasa dunia ini sunyi sepi dan kosong walau pun pada hakikatnya tidak. Sudah pastilah kita tidak akan dapat menikmati kesempurnaan hidup sebagaimana yang diharapkan.
Bagi mensyukuri nikmat telinga yang diberikan oleh Allah swt, wajiblah kita menjauhi pendengaran dari segala perkara yang dilarang-NYA. Janganlah digunakan telinga untuk berbuat dosa, umpamanya mendengar fitnah, umpat keji, adu domba, pembohongan, berbantah-bantah dan sebagainya. Begitu juga, jauhilah mendengar perkara perkara yang mengajak ke arah kemungkaran, maksiat dan perkara yang boleh melalaikan.
Ada ketikanya kita terasa sukar untuk mengelakkan diri daripada berdepan dengan permasalahan berhubung dengan perkara ini. Dalam urusan hidup seharian, kita sering terperangkap dalam keadaan tertentu, iaitu kita rasa tidak mampu mengawal pendengaran dari perkara munkar. Lantaran itu, berusahalah sedaya upaya di samping berdoa kehadrat Allah swt supaya memelihara pendengaran dari perkataan yang keji dan sia sia serta bebas dari bersekutu dengan perkara perkara dosa.
Setiap tutur kata, sama seperti makanan ynag membawa mudharat atau manfaat. Ada yang menjadi penawar atau sebaliknya banyak pula yang menjadi racun. Tutur perkataan yang jatuh ke dalam hati selalunya akan melekat dan berkekalan seumur hidup. Ia akan membawa kepada kebaikan atau kebinasan besar. Lantaran itu,orang yang beriman mestilah memelihara perkataan serta pendengarannya secara bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya pendengaran, pertuturan , penglihatan, dan segala bicara hati kita akan dipersoal di akhirat kelak. Jagailah nikmat telinga yang dikurniakan Allah kepada kita dan moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa...
COUPLE
PENULIS:PUTERA UNGGAL
REVOLUSI DAKWAH
Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah. Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks. Atas sebab itulah ISLAM memperkenalkan konsep aurat, menundukkan pandangan, melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh menarik nafsu lelaki kepada perempuan. Oleh itu, jika ada lelaki yang mengatakan bahawa dia berkawan dengan seorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang sebenarnya ia adalah adalah kes yang jarang dan tidak termasuk kes2 biasa.
Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk pada hukum yang sama, iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan.
Yang sebenarnya tidak salah bercinta,tetapi cinta itu mestilah didasarkan dengan perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakkan muda mudi hari ini,sebelum mendirikan rumah tangga bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup dan semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh dikatogerikan sebagai cinta suciyang patut wujud di dalam alam rumah tangga Islam??? Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bahagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebalikknya. Rasa-rasanya bentuk cinta yang sedemikian adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu belah bagi.
“Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal beginya, kerana syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.” (RIWAYAT AHMAD)
Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem hindustan yang begitu mengasyikkan pada masa kini. Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah Romeo and Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya inilah bentuk cinta yang tingghi nilainya. Sekiranya begini cara setiap pasangan berfikir, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan. Kerana pengalaman telah membuktikan banyak rumahtangga yang gagal dibina di atas bentuk ini.
Bila didapati pasangan melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan kepada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t. dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk memperolehi redha Allah.
Cinta suci hanyalah lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan Rasulnya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.
DITEGASKAN OLEH SUATU HADIS BAHAWA ORANG LELAKI JIKA ADA KEMAMPUAN, DIGESA SEUPAYA CEPAT BERKAHWIN.INI DINYATAKAN HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH IBNU MAS'UD, BAHAWA RASULLAH S.A.W. BERSABDA, “WAHAI PEMUDA!JIKA DI ANTARA KAMU ADA YANG MAMPU KAHWIN HENDAKLAH IA BERKAHWIN,KERANA NANTI MATANYA AKAN LEBIH TERJAGA DAN KEMALUANNYA AKAN LEBIH TERPELIHARA.DAN PABILA BELUM MAMPU BERKAHWIN,HENDAKLAH IA BERPUASA, KERANA PUASA ITU IBARAT PENGEBIRI”
Mengapa mereka disuruh berkahwin??? kerana dalam AL-QURAN juga Allah menyebut, menusia secara normal memang Allah jadikan ada nafsu seks terhadap wanita. Fitrrahnya memang begitu. Jadi bagaiman ingin kita nafikan hakikat tersebut???
Firman Allah,surah An Nur:30 yang bermaksud
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
sementara ayat An Nur:31 seterusnya menegaskan,
“katakanlah kepada perempuan perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (drpd memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan hiasan tubuh mereka melainkan kepada suami, atau bapa mereka,atau bapa mertua mereka, atau anak anak mereka, atau anak anak tiri mereka,atau saudara mara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang laki, atau bagi saudara saudara mereka yang perempuan, atau perempuan perempuan Islam,atau hamba hamba mereka atau orang gaji dan orang laki laki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan atau kanak kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”
Bagi para remaja, adalah terlalu bahaya bergaul bebas sesama sendiri antara lelaki dan wanita.
Walaupun mereka mengatakan tidak bercinta tetapi mereka juga tertakluk kepada hukum. Seperti seorang perempuan mendakwa “orang perempuan memakai tudung kerana dia cantik ingin menutup kecantikannya”. Walau apapun alasannya, dia tetap termasuk dalam undang undang kena menutup aurat.
Kemungkinan kemungkinan hubungan ini akan menjadi sebab fitnah dan menghampiri zina adalah hubungan akrab antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Walaupun ia tidak kecenderungan seks tetapi ia boleh menjadi fitnah. Apatah lagi nafsu memang tidak bermata, tidak kenal sifat, usia atau apa pun.
Walau bagaimanapun,islam tidaklah begitu keras sehingga menghalang lelaki dan perempuan drpada bersahabat. “tidak salah menjadi kawan baik tetapi ada batasannya. 1-aurat. 2-percakapan.
Percakapan harus dijaga agar perbualan tidak menjurus ke arah seks. Komunikasi dalam islam dianggap penting sebab itu islam mengingatkan wanita agar merendahkan suara ketika bercakap kerana bimbang perkara sebegini akan berlaku. 3-Sentuhan fizikal juga harus dielakkan.
Serapat manapun hubungan tersebut, dengan lelaki atau perempuan sebagai saudara angkat atau sahabat karib, islam meletakkan batas bahawa mereka tidak boleh bersentuhan kulit dan sebagainya tanpa keadaan darurat.

Rabu, 24 Disember 2008

HENING PAGI {SAJAK}


Hening Pagi

Pagi itu
suasana begitu hening sekali
bulu-bulu dibadanku bangun
akibat kesejukan desa.
Di pagi tenang itu
ku sangka aman sentosa
namun di genting pagi
musibah mendatang
musibah yang sukar ditepis
musibah yang terlalu perit
untukku harungi...
Dia tidak mengerti
apa yangku rasa
apa yangku telan
apa yangku harungi
takut.. gelisah.. resah..
datang menusuk hati
tanpa diundang
dengan 10 jari.
3 bulan purnama dulu
aku harungi kerna senior.. sekolah... diri..
kini
aku harungi kerna tindakanku
bukan tak mengenal erti syukur
tapi perit untuk hati ini.
dengarlah isi hati ini.
Ya!!!
untukkmu
aku coretkan
ikhlas dari lubuk hatiku
sudikanlah hatimu
cekalkanlah hatimu.


PUTERA UNGGAL
2059
5 oktober 2008

TERIMA KASIH ILLAHI {SAJAK}


Terima Kasih,ILLAHI...

siapalah aku
seorang yang kerdil
yang baru terjengkel-jengkel
memberi salam pada cahaya kehidupan.
Siapalah aku
yang kurang upaya ini
yang kecacatan akal ini
jauh ditinggalkan arus zaman.
Namun
aku bersyukur pada-Nya
kerna masih lagi ada
insan,yang redha dengan sifatku ini.
Namun
aku bersyukur pada maha agung
kerna pintu rezekiku masih terbentang luas
seluas lautan pasifik
bercurah-curah ia mendatang
bagaikan air hujanyang turun lebatnya
untuk bumi bertuah ini.
Terima kasih,ILLAHI....


PUTERA UNGGAL
7 september 2008
0740 a.m.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.