SAHABAT SETIA

Ahad, 16 Januari 2011

PROGRAM JIHAD!!! (ISTAR DAN MUKTAMAR PPIK) 27-28 JAN 2011

SALAM ALAIK...
SAHABAT-SAHABAT SEIMAN DAN SEFIKRAH....

INSYAALLAH....
PADA 27-28 JANUARI 2011 INIE AKAN DIADAKAN
ISTAR DAN MUKTAMAR KALI PERTAMA
DI MASJID NURUL EHSAN LANGGAR, KEDAH.....

ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR BERSAMA-SAMA....

TIADA YURAN DIKENAKAN!!!

ANJURAN:
PERGERAKAN PELAJAR ISLAM NEGERI KEDAH

AKTIVITI:
SESI TAARUF
QIAMULLAIL
CERAMAH
LIQA` AL-MULK
TAZKIRAH
DAN LAIN-LAIN LAGI

KELEBIHAN PROGRAM:
KEBANYAKAN PESERTA DARIPADA PELBAGAI SEKOLAH SEPERTI MAKTAB MAHMUD, SMKA SIK, SMKA KEDAH, PONDOK PAK YA DLL....

DAPAT BERKONGSI CERITA DAN PENGALAMAN TENTANG SEKOLAH MASING-MASING

DAPAT MENDALAMI ILMU KEPIMPINAN

MENDAPAT RAMAI KAWAN

DAN BANYAK LAGI!!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INIEH!!!
SEBARKAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN!!!

SEBARANG PERTANYAAN:
MOHD FAIZ ZUHDI- ikhwah_93@yahoo.com
                   

Sabtu, 15 Januari 2011

kenapa Al-Quran diturunkan???

Untuk dipertandingkan setiap tahun? Untuk dibaca sebagai halwa telinga pada majlis-majlis tertentu?  Untuk dipelajari hanya sekadar maklumat semata-mata? Untuk apa sebenarnya al-Quran itu diturunkan? Di sinilah pemahaman yang benar terhadap al-Quran perlu ada di dalam pemikiran setiap dari kita umat Islam hari ini - tidak kiralah samada rakyat biasa mahupun para pemimpin. Setiap dari kita mempunyai kewajiban terhadap al-Quran. Kita wajib mempelajarinya, memahaminya dan melaksanakan isi kandungannya.

Sebagai seorang Muslim kita perlu menyedari bahawa al-Quran yang ada di dalam dada-dada kita, yang tersimpan di rumah-rumah kita dan yang tersusun rapi di masjid-masjid perumahan dan kampung-kampung adalah merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk kepada manusia. ”Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. ” [TMQ  Al Baqarah (2) :185]. Persoalannya kini ialah - apakah kita hari ini, samada pihak individu, masyarakat mahupun negara telah menjadikan al-Quran sebagai petunjuk untuk mengatur kehidupan kita pada hari ini? Dalam konteks individu, mungkin masih ramai umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk di dalam kehidupan mereka walaupun  ramai juga yang telah tersasar kehidupan mereka dari petunjuk al-Quran. Namun ini jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat dan negara! Faktanya kita dapat melihat bagaimana di kalangan para pemimpin negara yang berkuasa hari ini, mereka tidak lupa menganjurkan pertandingan tilawah setiap tahun, tetapi malangnya mereka lupa dan tidak berusaha malahan sering memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menerapkan isi kandungan ajaran al-Quran yang menjadi kewajiban atas bahu-bahu mereka. Apakah ini sebahagian dari golongan yang diadukan oleh Rasulullah SAW kepada Allah SWT seperti mana yang difirmankan olehNya di dalam al-Quran?

” Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ  Al Furqaan (25) : 30].
Untuk itu wahai para penguasa umat Islam! Apakah kamu hanya berbangga menjadi penganjur dan pemenang pertandingan tilawah al-Quran, tetapi kamu langsung tidak berusaha untuk  menerapkan al-Quran di dalam kehidupan bernegara pada hari ini sedangkan inilah yang diwajibkan bagi kamu? 

Ingatlah firman Allah SWT ”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.[TMQ Al Maa-idah (5) : 44].

”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 
[TMQ Al Maa-idah (5) : 45]. 

”Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik. 
[TMQ Al Maa-idah (5) : 47]. 

Di manakah kedudukan kamu kini wahai para pemimpin negara?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.