SAHABAT SETIA

Jumaat, 5 Mac 2010

REALITI, KEBENARAN ATAU HAKIKAT??

Adakalanya perlakuan tidak pernah mencerminkan hakikat sebenar
siapa diri...Andai bisa dilukiskan dan dilakarkan setiap apa yang
berlaku dalam hidup,sudah tentu ramai yang akan memahami...kadangkala
si dia sentiasa tersenyum namun menyimpan seribu pergolakan
hidup...adakalanya,si dia seorang yang sentiasa membenci hakikatnya dia
merupakan seorang yang paling menyayangi...siapa yang mengetahui??tiada
siapa dalam kalangan kita....Hanya Allah yang berkuasa...setiap insan
hanya tahu untuk melihat satu kesalahan dalam diri seseorang tanpa
melihat pada seribu kebaikan yang telah dilakukan...oh..apakah semua
ini??...aku menegur diriku sendiri...aku layakkah untuk semua
ini...teringat kembali pada satu kisah yang telah disampaikan oleh
salah seorang guruku ketika di sekolah menengah...
Seorang pelacur hina tersesat di tengah-tengah padang pasir yang tandus...Dia yang berseorangan berjalan tanpa henti mencari kalau-kalau dipertemukan dirinya dengan air walau setitis cuma...dia berjalan dan terus berjalan...Hatinya semakin resah..tiba di suatu tempat,matanya tertancap pada sebuah perigi usang...Hatinya berdoa moga ada sedikit air untuknya..dia mendapatkan perigi itu dengan sabar...ya,perigi itu masih berisi sedikit air cukup untuk dia menghilangkan dahaga...semasa dia sedang meneguk air tersebut,datang seekor anjing yang sedang kehausan...Si pelacur merasa kasihan melihat anjing tersebut...Tubuhnya terlalu kurus sehingga menampakkan bentuk tulangnya yang tersusun...Si pelacur menanggalkan kasutnya dan menceduk air yang masih berbaki untuk minuman anjing tersebut walaupun rasa dahaga dirinya sendiri masih tidak kehilangan...Akhirnya,Allah swt menjanjikan syurga buat dirinya...
Kadangkala seseorang yang kita sanjungi kerana ketinggian peribadi dan kerajinannya mendirikan ibadah,Allah sumbatkan dia kedalam neraka...Siapa yang tahu??kita??Apa yang kita tahu??menghukum,membenci dan memusuhi...Adakah Allah pernah menyuruh kita memusuhi saudara seislam kita???Tidak!!Tidak pernah sama sekali!!Allah menyuruh kita mencintai dan menyayangi saudara seislam bukan mengkhianati dan memusuhinya...Jangan dihina orang yang kelihatannya hina sekiranya dia seorang pelacur sekalipun...Boleh jadi dia mempunyai kedudukan yang lebih mulia berbanding diri kita...Allah cuma menyuruh kita membenci perbuatan mungkar..bukan membenci saudara kita...Bagaimana???Pisahkan perbuatan keji itu dari dirinya...kerana apa??kita menyayangi dirinya dan membenci perbuatan mungkar...
datangkan dirinya kepada rahmat dan kasih sayang Allah..sekiranya hukuman Allah perlu dilaksanakan ke atasnya kerana kesilapan tersebut,ya,wajib dijalankan...Hudud merupakan kurnia Allah...bukan penganiayaan...
percayalah................

BENARKAH COUPLE HARAM???

@ Benarkah bercouple haram dalam islam?

Istilah couple berasal dari perkataan inggeris yang membawa maksud berpasangan. Dalam islam, hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi hanya menjadi halal apabila terjalinnya ikatan perkahwinan melalui pernikahan yang sah menurut syara’. Telah dijelaskan
dalam firman Allah s.w.t mafhumnya, ‘janganlah kamu menghampiri zina’. Begitu
telah manjatuhkan hukum bercouple adalah haram sama sekali kerana ia merupakan
salah satu pintu kepada berlakunya penzinaan apabila keterbukaan batas antara
lelaki dan perempuan tersebut.

Keinginan merupakan perkara pertama yang akan dibisikkan oleh syaitan pada hati-hati mereka maka permulaannya akan berlaku apabila seorang lelaki atau perempuan tersebut cenderung untuk menyentuh tangan pasangannya walhal bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah diharamkan sama sekali hinggakan Allah s.w.t. membuat
persamaan menyentuh kulit khinzir itu lebih baik dari bersentuhan antara ajnabi. Apabila telah berlakunya perkara seperti itu maka pasangan-pasangan tersebut akan lebih berani untuk melakukan perkara-perkara lain yang lebih lagi dari itu. Alasan mereka kerana mereka saling sayang menyayangi sedangkan Allah s.w.t. itu lebih mengetahui dan mereka tidak mengetahui. Istilah ‘habis madusepah dibuang’ atau bahasa yang lebih mudahnya, pakai buang kerap kali menjadikan kaum wanita seolah-olah barang murah apatah lagi setelah kehilangan maruah diri kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi itu hanya menjadi halal dalam dua keadaan sahaja iaitu pernikahan dan kerja-kerja penting yang menuntut untuk berlakunya komunikasi antara dua jantina. Bukanlah bermakna Islam melarang sama sekali untuk saling mempunyai rasa kerana cinta itu adalah fitrah yang dikurniakan Allah s.w.t. dalam hati setiap makhluk yang bernama manusia tetapi perlulah menyalurkan rasa itu
pada jalan dan batas yang telah ditetapkan oleh syara’.




@ Wujudkah istilah couple Islamic dalam islam?


Isu couple ini terlalu sensitif sebenarnya untuk dikupaskan secara lebih mendalam namun menegakkan kebenaran agama itu lebih menuntut untuk dirungkaikan satu persatu perkara ini kerana fenomena ini semakin merebak umpama virus yang sedang meracuni fikiran anak-anak muda atau remaja Islam masa kini terutama di Malaysia. Pengaruh ini
akan menjadikan para remaja semakin leka dan terlalai dari apa yang sepatutnya
digalas iaitu tanggungjawab kepada agama, bangsa, negara, keluarga dan diri
sendiri. Hakikatnya, remaja adalah tunjang utama kekuatan sesuatu organisasi atau pimpinan kerana kekuatan minda, buah fikir, emosi dan semangat yang dimiliki. Lemah remaja itu maka lemahlah kubu pertahanan sesuatu organisasi atau pimpinan tersebut.

MUSLIMAH & GAMBAR: ADA APA DENGANNYA???

MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa dalam kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.
Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:
Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equation )
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h

KEHIDUPAN INI

kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya lalu jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala impian kita untuk kehidupan sementara ini mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa lalu merasai dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik hentinya lalu kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.




Ketika itulah, ketika jiwa terputus hubungan dengan yang menjadikannya serta mengurniakannya kehidupan lalu jiwa kita menjadi kering dan hilang kepekaan. Lalu kita menyangkakan keseronokan itu kebahagiaan dan nafsu itu jalan menujunya. Kita teraba-raba mencari ketenangan lalu kita temui keserabutan, kita mencari kelapangan lalu kita menemui kesempitan jiwa . Kita sudah lupa hakikat diri dan kesementaraan hidup ini hingga kita hanya melihat kesalahan pada manusia lain, kita menyalahkan takdir untuk segala petaka yang hadir.




Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan.

Kematian adalah peringatan untuk setiap kelalaian dan guru bagi setiap kejahilan. Mengingati kematian menjadikan jiwa kita hidup dan penuh harapan serta mewarnai hidup dengan perjuangan. Mengingati kematian adalah penghubung jiwa kepada sumber segala kehidupan; Allah Robbul Jalil, Rabb sekelian alam.


Mengingati mati adalah sumber kekayaan jiwa hingga kita tidak lagi lemah menghadapi kehidupan beserta halangannya.


“Sesiapa yang ingin terus ‘hidup’ harus memiliki sebanyak mungkin kekayaan jiwa. Inilah kunci-kunci untuk membongkar segala kelemahan. Semua ini akan menjadikan jiwa kita tenang dalam kesibukan, tersenyum dalam kesedihan, jiwa tinggi di bawah tekanan, bergerak dalam kepayahan, optimis mendepani halangan dan gembira dalam segala kesulitan.”


Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sedar siapa dirinya di depan Allah SWT lalu dia menjadikan seluruh hidupnya sebagai ketundukan dan kepatuhan. Dia sentiasa memperbaharui keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan keteguhan jiwa. Lalu jiwanya mampu istiqamah ketika mengharungi hari-hari dimana jiwanya kadang-kadang terasa sunyi dan bersendiri.


Pada ketika itulah jiwanya akan dapati kemudahan dalam setiap kesukaran, kelapangan dalam setiap kesempitan, apabila ia berkata-kata maka kata-kata itu sampai pada hati-hati manusia, apabila ia beramal maka amalannya menjadi contoh pada jiwa manusia dan apabila ia muncul dikhalayak ramai maka mata-mata tertumpu padanya lalu ketenangan hatinya mengalir masuk kejiwa-jiwa yang keresahan dan dahagakan keimanan.

MOTIVASI: HIPOKRITKAH KITA JIKA BEGERAK KE ARAH KEBAIKAN???

Ya, ada orang takut berubah kepada kebaikan kerana risau. Kadangkala bukan merisaukan kutukan orang. Diri sendiri itu pun mempersoalkan – tak hipokrit ke aku ni kalau berubah?

Ayat-ayat racun macam – aku kena jadi diri sendiri – akan mula merosakkan jiwa.

Hipokrit ke kalau jadi baik? Jadi baik ni, sama dengan tak jadi diri sendiri kah?

Siapa la pandai-pandai buat peraturan hodoh macam tu?

Kalau bab tak jadi diri sendiri, maka buat benda-benda tak elok itulah hipokrit

Kenapa tak nak berubah? Dia kata, tak nak jadi hipokrit. Dirinya suka benda-benda yang Allah larang, suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka couple dan sebagainya. Jadi, kalau berubah ni hipokrit. Not myself katanya.

Oh? Mana kamu tahu jahat/nakal/kurang aja/tak bagus tu adalah diri kamu yang sebenar?

Siapa ajar?

Tahu apa diri kita yang sebenar?

Saya bagi satu hadith, dan satu ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah, ibu bapanya(suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”

Kenapa Rasulullah SAW tak cakap: “Ibu bapanya(suasana pembesarannya)lah yang menjadikannya islam, yahudi, nasrani, dan majusi” ? Kenapa?

Sebab bayiu itu dilahirkan atas fitrah. Fitrah=Islam. Islam=baik.

Jadi, siapa kata menjadi baik itu hipokrit? Jadi jahat la hipokrit. Sebab jahat/nakal dan segala yang berkaitan dengannya itulah yang bukan diri kita sendiri.

Allah SWT pula berfirman:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya)” Surah Al-A’raff ayat 172.

Ah, sebelum kita lahir lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam. Fitrah kita adalah taat kepada Allah SWT. Sebab itu, pernah dengar kan kata-kata: “Bayi itu suci dari dosa?”

Jadi, nak kembali kepada kebaikan, nak bergerak menjadi hamba yang taat, di mana hipokritnya?

Masalah manusia senget akal

Masalah segelintir manusia adalah, apabila ada rakan mereka nak berubah, mereka akan hina-hina, kutuk-kutuk. Kata-kata berikut adalah yang biasanya keluar:

“Tak payah jadi baiklah. Kau ni memang dah tak ada harapan dah nak ikut geng-geng baik ni”

“Kau jangan nak tunjuk bagus la bro. Dunia belum terbalik lagi la”

“Hipokrit la kau ni. Jahat tu jahat la. Jadi baik buat apa?”

Ini penyakit paling kronik yang ada dalam masyarakat kita. Tengok sahabat dia jadi baik, dia tak senang, dia rasa sempit, dia rasa gusar. Dia mewarisi sikap satu makhluk ni. Makhluk apa?

Iblis. Iblis, syaitan dan konco-konconya memang akan rasa sempit hati bila nampak orang bergerak ke arah kebaikan. Dia rasa bengang, rasa marah dan rasa sangat-sangat la bengkek bila tengok orang buat baik. Sebab, tujuannya atas muka bumi ni terganggu. Semasa dia dilempar keluar dari syurga, dia telah bersumpah kepada Allah SWT:

Allah SWT berfirman:

“Iblis pun berkata: Oleh kerana Kau telah menyebabkan aku tersesat, maka sesungguhnya aku akan mengambil tempat menjadi penghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka, dan dari kanan serta kiri mereka, dan Engkau akan mendapati tidak ramai dari mereka yang bersyukur” Surah Al - ‘Araff aayat 16-17.

Tapi benda ni, kalau cakap pada pengutuk-pengeji ni, mereka tidak akan faham.

Maka, jadikan ini inspirasi, kekuatan kepada yang nak merubah diri, agar terus sabar dan tabah. Hendak kembali kepada fitrah, hipokrit apanya?

Bukan boleh terus jadi malaikat

Kepada yang nak berubah, jangan rasa susah hati kalau ada masanya anda jatuh semula. Terbuat salah lama. Memang itu resminya kehidupan manusia. Imannya turun naik. Tak ada manusia yang tersedar-sedar terus jadi baik macam malaikat.

Tak ada. Melainkan kamu boleh jumpa situasi itu di dalam drama dan novel sahaja.

Manusia biasa, paling kurang akan tetap ada sisa-sisa jahiliyyahnya. Lambat untuk membuang semuanya.

Tetapi ini bukan alasan berputus asa.

Sebab itu saya suka tunjukkan kamu kisah pembunuh kepada 100 orang. Dia telah membunuh 100 orang, tetapi dia masih berusaha bertaubat kepada Allah. Akhirnya Allah memasukkannya ke dallam syurga, tanpa dia sempat bertaubat. Dia hanya baru hendak bergerak ke tempat taubat sahaja. Itulah dia maknanya, keampunan Allah meluasi kemarahan-Nya.

Ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah amat mencintai kalian.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Apa la kisahnya dengan kritikan orang ramai, jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Allah?

Penutup: Usah peduli orang lain. Bergerak terus ke arah perubahan

Bila nak berubah, jangan teragak-agak. Niat berubah kena jelas, menuju kepada Allah semata-mata. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, tidak berubah kerana yang lain-lain. Berubah hanya kerana Allah SWT.

Dengan ini, kalau satu dunia menyisihkan anda kerana perubahan anda, anda tetap tenang dan sabar, teguh dan tabah.

Bergeraklah terus ke arah perubahan.

InsyaAllah, Allah SWT tidak akan mengecewakan hamba-hamba-Nya yang mendekati-Nya.

Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa. Dalami maknanya ya.

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)” Surah Asy-Syarh ayat 1-8

CERITA DATUK PANGLIMA BUKIT GANTANG

The History of Perak occasionally mention the above name as a symbolic warrior and honorary title in fighting the colonial masters in the cause and pursuit of defending Islam as the religion of the Malays.

The initiative of the Perak state government in preserving this name through naming schools, streets and buildings further helps to maintain its historical heritage. However, civil society today does not really know the origin of this historical name in Perak.

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin or Nai Lang, the Raja Siam of Songkhala is the first holder to this title. He is also the Bendahara, next in line to the Raja of Ligor throne. Ban Nai Lang in Thailand today is named after him.

His grandfather, the Raja of Ligor was formerly the King of Ayhthia, Boromoraja Ekataat V, who moved his entire followers to Ligor upon the attacked of Ayuthia by the Burmese armies from 1767-1782. This, the history of Thailand fail to record.

In 1782, Boromoraja Ekataat the V shifted to the new Kota Meang Kuang palace, close to Jitra Kedah . He was murdered by invading Rama II forces in Kedah in the year 1821. Earlier, in the 1758 his son, Po Chan Koya Long return from Cambodia with his followers and as the Raja of ligor in waiting, assume the post of the Raja of Kuala Kangsar in Perak. His eldest son is non other than Nai Lang or Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.

During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong.

They then set up their camp at Padang Sanai waiting for the 36000 Chinese armies sent by his father in law the Chinese Manchu Emperor Chia Ching. Part of the Chinese Manchu armies soon arrived and landed at Tak Bai. Flags and banners were soon hoisted to fight the invading Rama II forces.

They soon marched to a rice field near Na Thawi to meet up with Nai Lang representatives. The reception ceremony for the Chinese armies was conducted by Nai Lang at Padang Sanai, today in the district of Padang Terap.

The Chinese Manchu armies who were led by General Baba met with Nai Lang in order to pass on further strategic information from his father in law, the Manchu Emperor. In order to have good fighting man, together they agreed to plant padi as a source of food for the soldiers at a new location known today as Kampong Cheba or Ban Che Ba.


Po Chan @ Koya Long, Raja of Cambodia Champakasaree (Cempakasari)

Upon returning from Cambodia (formerly part of Siam), Po Chans father, Boromoraja Ekataat V, former King of Ayuthia appointed his son as the Raja of Kuala Kangsar and carries the title of Sultan Mud Zaffar Syah III. In Perak history such a name exist without knowing or showing his true identity. Even Boromaraja Ekataat identity is also hidden in thai history.

His real name is Syarif Abu Bakar, married to Tengku Marin (Suriyamarin) a princess of Langkat. He is also known Mahadammaiyaza (Arabic for king of different bloodline) while reigning in Burma before returning to Ayuthia after Burma was attacked by Alaungphaya forces in 1758. In Ayuthia he is known as Boromoraja Ekataat V reigning from 1758 untill 1767.

Some of Po Chan followers moved to Kelantan and Trengganu. Some even went to Penang and set up a mosque there known today as Koya’s Mosque. The bulk of it stays in Pe-du, meaning eldest brother in referring to Koya Long.

In Kuala Nerang, near Pedu there are many ancestors of Syed’s, originating from the village of Syed Pew and Syed Sofoun in Cambodia. Nerang is Siamese for remote or quiet. Other historic places that still exist today is Bendang Raja (raja’s padi field) in referring to Po Chan padi field within the said area.

In the malay manuscript, Undang-Undang Kedah, page 43 it is stated, “….dititah Bendahara suruh salin..”, actually refers to Po Chan as the Bendahara who is also the next Raja of Ligor in waiting.

The are 3 steps taken by the Chinese Emperors armies,

First, gather their armies in Chiengmai in order to attack Ayuthia.
Second, sailing and berthing in Tak Bai in Songkhla
Third, sailing through rivers in Burma and occupied Langkawi Island.

In Langkawi Island they ocuupied a highland known to them as “ma-chin-cheng” meaning, arriving till dawn due to their large numbers. A warrior prince by the name of Tunku Mohammad Chan, was nominated as their leader. He was given the title Mat Sirat.

Locally he is also known as Keramat Tok Tekai due to his religious Muslims characteristics. During the attacked by sea of Kuala Kedah by thai Rama II forces in the year 1821, the Raja of Langkat was drown at sea.

His body was returned to Kuala Kedah to be buried there and is now known as Makam Tok Pasai. Tok Pasai is the grandson of Narai @ Iskandar Mahkota Alam of Acheh. Apart from that, he is also the father in law of Boromoraja Ekataat V, Syarif Abu Bakar Syah. Tengku Marin or Suriyamarin is Tok Pasai’s daughter.

The Chinese Emperors armies from Langkawi led by Tunku Mohammad Chan attacked the invading thai Rama II armies by landing at four places in Kedah

1. at Teluk Bagan, now known as Tanah Raja Telok bagan.
2. at Kuala Kangkong led by Tok Kai.
3. at Kuala Sala and camping at Kota Sarang Semut, once the palace of Sayyidina Ali wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, grandson of Raja Merong Mahawangsa.
4. at Kuala Sedaka marching by the thousand to camp at Padang Lumat.

Tunku Mohammad Chan is also the son in law of the Chinese Mancu Emperor since he is married to the younger sister of the older sister who is married to Nai Lang @ Syed Alang Alauddin. Meanwhile, Sultan Muhammad I of Kelantan is Tunku Mohammad Chan’s eldest son while Long Jaafar the Raja of Larut is Nai Langs eldest son. Both of them are cousins and also grandsons of the Chinese Manchu Emperor, Chia-Ching.

When the war is almost over, Nai Lang soon discover that his grandfather Boromoraja Ekataat V has been murdered in Kota Meang Kuang palace. His body was soon officially buried at the Siamese Muslims kings cemetery in kampong Tualang.

The location of Boromoraja Palace was leak to the thai armies by non other than Ahmad Tajuddin Halim Syah, Tunku Laksemana Laut of Kedah (he is not the Sultan of Kedah) as commonly believe.

Nai Lang prepares his armies to capture Ahmad Tajuddin Halim Syah. With British help Ahmad Tajuddin soon escaped to Penang and then to Malacca until 1843. For more than 20 years in Malacca he did nothing but wrote history in a Malay perspectives (ketuanan Melayu) with budget supported by the British colonial masters. Unfortunately, his imaginative writings became the source of historical reference in Malaysia today.

Po Chan Koya Long soon replaced his father as the new king and coroneted at Brahman Indera in 1821. in the Kedah Historical Convention Book published ini 1981, it is clearly stated that the Prince of Raja Siam Ligor Nambang resides at Alor Ganu Palace, Anak Bukit between the year 1821-1839. His son Nai Lang became the Bendahara and resides at Istana Kuning palace. Istana Kuning palace was build by their great great grandfather, Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah who resides in Langkawi Island.

Tunku Mohammad Chan became the new Prime Minister and Raja of Kota Setar and reside at Istana Kota Burha. His son Nik Diah @ Ngah Muhammadiah was coronated as the new Sultan of Kelantan bearing the title Sultan Muhammad I residing at Istana Kota Raja Legeh Kok Lanas in Jeli, Kelantan.

Four of Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan grandchildren, Nai Long Jaafar became the Raja of Larut while his younger brother Nai Long Abu Toha became the raja of Selama. Syed Mohammad Hatta Jamlulail, Raja Kayang (Perlis) who was killed in 1821 was replaced by his son Syed Harun Jamalulail.

His younger brother Sultan Ismail became the Raja of Kinta. The name Jamalulail originates from Jamalul Alam Badrul Munir, the son of Raja Merong Mahawangsa the first descendent of Bani Hashim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.