SAHABAT SETIA

Jumaat, 15 Julai 2011

Rasulullah SAW Dihina Lagi - Kuffar Barat Semakin Lancang Dan Biadab

12Share
altaltSeattle cartoonist launches "Everybody Draw Mohammed Day"

After Comedy Central cut a portion of aSouth Park episode following a death threat from a radical Muslim group, Seattle cartoonist Molly Norris wanted to counter the fear. She has declared May 20th "Everybody Draw Mohammed Day."

Norris told KIRO Radio's Dave Ross that cartoonists are meant to challenge the lines of political correctness. "That's a cartoonist's job, to be non-PC."

Producers of South Park said Thursday that Comedy Central removed a speech about intimidation and fear from their show after a radical Muslim group warned that they could be killed for insulting the Prophet Muhammad.

The group said it wasn't threateningSouth Park producers Trey Parker and Matt Stone, but it included a gruesome picture of Theo Van Gogh, a Dutch filmmaker killed by a Muslim extremist in 2004, and said the producers could meet the same fate. The website posted the addresses of Comedy Central's New York office and the California production studio where South Park is made.

"As a cartoonist I just felt so much passion about what had happened I wanted to kind of counter Comedy Central's message they sent about feeling afraid," Norris said.

Norris has asked other artists to submit drawings of any religious figure to be posted as part of Citizens Against Citizens Against Humor (CACAH) on May 20th.

On her website Norris explains this is not meant to disrespect any religion, but rather meant to protect people's right to express themselves.

Sumber: MyNorthwest.com

Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini. Kini, ‘Facebook’, laman web sosial yang berpengkalan di AS pula menyokong tindakan tersebut. Persoalannya sekarang, apakah tindakan kita umat Islam terhadap kebiadaban ini? Apakah kita masih lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang dayus dan khianat untk berbuat sesuatu? Kaum kuffar akan terus menerus menghina, membunuh dan merampas hak kaum Muslimin kerana kita hidup berpecah-pecah, tanpa kesatuan politik dan intelektual. Realitinya, kaum kuffar masih terus berani melakukan semua ini kerana ia masih dibenarkan oleh para pemimpin umat Islam yang khianat.

Alasan yang digunakan oleh Barat adalah tidak lain tidak bukan, kebebasan. Sesungguhnya kebebasan yang mereka laung-laungkan itu hanyalah merupakan alasan untuk terus menghentam Islam. Apakah ratusan Muslim yang dipenjara di Guantanamo Bay tanpa pertuduhan menikmati kebebasan seperti mana yang dilaung-laungkan Barat? Apakah individu di Barat yang mengkritik peristiwa ‘Holocaust’ bebas berbuat demikian? Hakikatnya terlalu banyak perkara yang boleh diketengahkan yang menunjukkan sikap hipokrit Barat dalam mengenengahkan idea kebebasan.

Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu  bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah. 

Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:

‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]

(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))

Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Ini adalah kerana kita tidak lagi berlindung di bawah Khilafah. Kita tidak lagi berada di bawah Imamah yang akan melindungi kita secara fizikal, politik dan intelektual. Bangunlah umat yang terpilih!!! Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??

HUKUM POLIGAMI

Poligami (Lelaki mengahwini lebih daripada satu) adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Hukum Poligami (Ta’addudi al-Zaujat)  menurut jumhur ulama adalah mubah (boleh). Berikut ayat al-Quran yang membahas tentang hal ini, Allah  Subhanhu wa Taala berfirman: 

“Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau kalian nikahi budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat pada sikap tidak berbuat aniaya.”  [TMQ an-Nisaa’ (4):3]

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam pada tahun kelapan hijriyah. Ayat ini pada dasarnya ditujukan untuk membatasi jumlah maksimum isteri kepada empat orang saja. Sebelum ayat ini diturunkan, jumlah isteri bagi seorang  lelaki tidak ada batasnya. Apabila dikaji dan difahami ayat ini, nampak jelas bahawa ayat ini diturunkan untuk membatasi jumlah isteri hingga hanya empat orang saja.

Kebolehan poligami tidak bergantung kepada adil, kerana adil bukanlah merupakan syarat poligami. Allah Subhanahu wa Taala telah menjelaskan dengan sangat jelas  tentang hal ini: “Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga atau empat.” [TMQ an-Nisaa’ (4): 3]

Ayat ini menunjukkan dengan jelas bolehnya poligami secara mutlak. Ayat itu telah selesai (sempurna) dan berdiri sendiri. Selanjutnya dimulai dengan ayat baru (kalaam musta’niif) dengan makna baru:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau kalian nikahi budak-budak yang kamu miliki. [TMQ an-Nisaa’ (4): 3]

Potongan ayat dalam ayat ini bukanlah ayat persyaratan. Sebab, potongan ayat ini tidak bergabung dengan potongan ayat sebelumnya, tetapi sekadar kalam musta’nif (kalimat permulaan). Seandainya hal ini adalah ayat persyaratan, tentulah ayat tersebut akan berbunyi: Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua, tiga atau empat jika kalian dapat berlaku adil.

Namun, susunan ayat yang telah Allah turunkan seperti di atas menunjukkan dengan jelas, bahawa keadilan bukanlah syarat untuk menikahi lebih daripada seorang wanita. Potongan ayat pertama menunjukkan hukum syariat yang berbeza dengan potongan ayat kedua. Potongan ayat pertama menunjukkan hukum bolehnya berpoligami sebatas empat orang saja, sedangkan potongan ayat kedua menunjukkan hukum lain, iaitu Allah lebih suka jika menikahi seorang sahaja jika dengan berpoligami itu akan menyebabkan suami tidak boleh   berlaku adil di antara mereka. 

Akan tetapi ayat kedua ini sama sekali tidak menafikan (meniadakan) pengertian ayat yang pertama. Jadi, dapat disimpulkan dengan jelas bahawa adil bukanlah syarat bagi poligami. Siapa pun yang menafsirkan bahawa keadilan merupakan syarat untuk berpoligami, bererti ia telah menafsirkan  al-Quran secara rambang dan telah menyimpang daripada penafsiran yang benar. Perlu diketahui juga  bahawa kerelaan isteri untuk dimadu bukanlah syarat dalam keharusan poligami.

Jadi, kalau memang lelaki itu serius untuk berkahwin lagi dengan anda, dia boleh melakukannya. Akan tetapi, banyak tanggungjawab yang harus dipenuhi, termasuklah tidak boleh mengabaikan isteri  pertamanya.

Perasaan Telanjur Sayang

Tentang perasaan anda yang terlalu sayangkan dia, sebenarnya perasaan itu perlu diperhatikan terlebih       dahulu. Perasaan sifatnya boleh berubah-ubah. Boleh jadi hari ini anda mencintai seseorang, tapi esoknya berubah menjadi benci. Perasaan juga bukanlah suatu hal yang harus dituruti, bahkan dalam kebanyakan keadaan perasaan harus dikawal, bahkan dilawan.

Bukankah Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;   Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [TMQ al- Baqarah (2):216]

Sesungguhnya yang paling mengetahui hakikat baik dan buruk hanyalah Allah semata-mata. Kita hanyalah makhluk yang harus taat kepada-Nya. Apa-apa sahaja yang menurut-Nya baik, maka itulah yang baik untuk kita dan apa-apa yang menurut-Nya buruk, maka itulah yang buruk untuk kita.

Bercinta adalah perbuatan yang  disukai oleh banyak orang, tetapi sesungguhnya bercinta itu adalah perbuatan yang buruk kerana bercinta itu haram. Jadi, jangan menuruti perasaan anda itu. Alihkanlah kepada hal-hal lain yang boleh membuatkan anda melupakannya. Sibukkanlah diri  dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat seperti melakukan hobi-hobi yang ilmiah (membaca ataupun menulis), bergaul dengan teman-teman yang lain, dan kegiatan-kegiatan lain yang anda sukai namun bermanfaat. 
 
Semoga anda mampu menyelesaikan masalah ini dengan segera. Yakinlah, semua masalah pasti ada              penyelesaiannya dalam Islam. Syariat Islam adalah ‘ubat’ daripada segala macam masalah manusia. yang tinggal cuma mahu “meminumnya” atau tidak.

Khamis, 14 Julai 2011

KAWAN


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah 
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....

cintaku pada ISLAM!!! -isu murtad-

Assalamualaikum.... renungilah dan hayatilah petikan dari internet ini..... kukuhkan keimanan dan bantulah sesama kita. Bismillahhirrohmani rahim
Assalamualaikum w.b.t Pernahkah anda dengar cerita Aisyah atau nama manjanya intan yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang forward alamat ini kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah. Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89 ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 sahaja timbalan menteri di jabatan perdana menteri Dato Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif dengan kes murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja 516 orang sudah murtad. Noraishah bukan kes pertama murtad. sebelum ni dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes NurAishah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut , yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1) bagaimana orang macam nur Aishah boleh murtad
2) bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalah gadis melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu tak murtad. Dihantar ke sekolah Agama, Dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam ( Haji Tahir).Dia juga hafal surah yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya Aishah. Surah sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. dari segi keterampilan dia ...budak perempuan melayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ni juga keterampilannya. Tiap -tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 nov 1997,
"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu intan dah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. PM sendiri boleh heran macamana dia boleh murtad.Apa lagi kita. Aishah adalah simbol anak melayu yang telah didik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk Tv menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis ...apa yang dia boleh buat? kes ini penting untuk orang tahu. Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan nuraishah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang melayu? buta? disogok? tali barut?Kita sendiri pun tak tahu. Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada 13 Februari 1998 ....." kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang memetik sumber akhbar kononya Nur Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 februari 1998). Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal permohonan......
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah) .Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak dan meninggalkan agama Islam" : perenggan 6 Perenggan 23: "Saya Lennet teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik". Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri melayu boleh putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur(18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang melayu kita tahun 1957,perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri.
Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syarat dengan undang-undang kita, undang -undang syaraa' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan , rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu.bab kehidupan,politik, ekonomi....semua tak termasuk Article 4 pula menyatakan: "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah hukum syarak." Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan hindu. Haji Kamarudian seorang penjual satay (tumpang kedai cina). Beliau ! Lepaskan anaknya lepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke restoran bapanya dalam keadaan hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja . Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah hindu dengan nandek.
Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga di pelupur oleh kawan-kawan si hindu tu samapai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya, RM3 juta. remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi , dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari nama hindu. Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian hindu laknatullah itu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masih terlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina . Haji kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syarak dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini. Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal hindu nama Santana ada seorang isteri nama entah apa , ada anak lelaki nama Sunjay kalau tak silap usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, di minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak ni. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah Tinggi bagi pada si minachi ni. Kita heran sungguh. Bila si minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa, cari! Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi hindu. Tak cukup dengan itu punya kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof..
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka , lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan , heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah agar anak dia masuk Islam tak sah . Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menagis orang tua tu terpaksa buat peristiharan "Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. kalau nak tukar agama kena minta kebenaran! ibu bapanya.Semasa Suzie Teoh masuk islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk islam." Atas kearifannya , dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun dia panggil balik kes itu dan bagi peluang suzie istiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu dengan wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu baru umur 18 tahun. Sambil menangis budak tu kata" Saya yang arif , kekal dalam agama saya , saya masih nak nama Nur Aini. " maka Tun Salleh pun dengan bangga mengistiharkan Islamnya sah dan namanya Nuraini . Selamat akidah seorang budak Sebab itu juga Tun Salleh kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan ke dua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itu harga yang dia terpaksa bayar. Tapi sampai hari ni dia puas.
Kes terakhir sekali yang paling teruk ...kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anaknya perempuannya usia 5 bulan mati dipancong kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya hindu. Malam hari valentine 14 Februari sedang anak melayu bertukar-tukar bunga didataran merdeka, 3 saudara kita mati dipancong dalam sebuah kontena demi mempertegakkan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak melayu dibunuh kerana dia melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah melayu tiada lagi orang melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab melayu. Inilah pertama kali. Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir , bapa kepada Amar diseret dihadapan anaknya. amar diugut supaya tukar agama kalau tidak bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir. kemudiannya Sumaiah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung."Amar hanya mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah. Dan akhirnya mengikut sejarah amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah. Itu zaman puak quraish kafir laknatullah berkuasa, Rasullullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin Islam ini ? dalam kes negara kita , Bukan sahaja Ibrahim dibunuh, siti solehah dipancung ..anak yang berusia 5 bulan juga dipancung leher hingga putus, tak cukup lagi tanganya juga dipancung. Tiada apa tindakan yang kita ambil setakat ini.
Cerita ini di adun oleh media sedemikian rupa supaya kita orang Islam tidak sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa mintak masjid sembahyang jenazah kepada saudara -saudara kita yang mati syahid ini. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancong sedemikian rupa demi mempertahankan agama. Apa orang melayu buat? Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. Terpaksa para jemaah kita di subang jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga keran tiada kawalan. Sehingga kini tiada sapa didakwa atas pembunuhan ngeri tersebut. Semua orang diam buat tak tahu dan biarkan ....tunggu cerita lain pulak keluar.
Orang melayu yang mengaku islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di hina sedemikian rupa. Astagfirullah halazim....apa nak jadi dengan kita semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya ada kuasa pinda undang -undang kebebasan beragama itu. Kenapa buat tak tahu saja wahai pak menteri? kenapa orang kita asyik sebok jaga periuk nak untuk isi perut sahaja? Bangkitlah minta undang undang persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11dan lain lain berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak-tidaknya kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita sediakan untuk anak cucu kita nanti. Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak yang mengaku Islam ini untuk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak murtad boleh tapi kena denda RM 5,000 . Orang islam sendiri (puak puak pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai RM5,000 . ! Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda RM5,000 dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama lewa ...kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja. Sebagai contoh arak dengan bangga dijadikan penaja utama dunia. Dengan bangga dapat duit RM5 juta jadikan arak sebagai penaja utama dunia. Hadis Rasullullah dengan terang menyatakan arak sebagai ibu utama maksiat.
Wabak murtad datang dalam keadaan kita tak nampak. Tahu-tahu, Aishah dah murtad, Hartina, anak Yusof dimurtadkan tau-tau dah 4000 lebih. Disini letaknya kebenaran hadis Rasulullah. Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masadepan ) Rasullullh berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku disatu masa satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan malam di malam gelap gelita" tak nampak. Sahabat bertanya apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku dihari itu di waktu itu pada masa itu, pagi hari Islam petang kafir, petang islam pagi kafir balik. Sahabat bertanya lagi..mengapa begitu ya Rasullullah. Rasullullah menjawab "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam ghazali pernah berkata dalam perkara ini "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap." Mana nak nampak.toksah kata semut hitam. Letak Sami Vellu bogel atas batu hitam pun kita tak nampak. Kalau dia senyum baru kita tahu ada manusia atas baru hitam dalam gelap. Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Bukan sahaja tak nampak, malah turut pertahankan gerakan murtad ini. Gerakan hindu kita toksah sebutlah belum habis cakap dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.
Gerakan! yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta ford tu) pernah menulis berkaitan yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "international jew"(tak silap saya). Unsur yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak yahudi. Takde kilang rokok yang bukan yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja baru letak bola sebijik 70 ribu Melayu tak sembahyang yang kat stadium Shah Alam, belum kira yang kat rumah lagi. Dia hantar Micheal Jackson sekor, kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan satu parti bergaduh kat mana mangkuk ayun ni nak buat pertunjukan. Bab kristian lebih terancang lagi , lebih terperinci. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan king entah ke apa nama ke 6 yang terakhir dan dia pun mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dalam emas di Lindon Belanda yang berkata : " kepada semua pemimpim-pemimpin kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) perang nak mati kita perang untuk hidup. Oleh itu hendaklah kita tukar strategi melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang islam." Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah king tu mati, 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang ditangan kristian, 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang , tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Patani, tak lama selepas tu tumbang kerajaan Islam Kedah, tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ...semuanya satu demi satu. macamana benda ni boleh terjadi? Sebab, gerakan kristian berdasarkan kepada 3 G. gospel,goal, glory.
Pertama kitab dia,kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalu kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke tanah melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh kristian Francis Avier ( kalau saya tak silap eja) dia, sebab nak sebarkan ajaran kristian. Kita orang melayu punya bangga dengan si mubaligh kristian ni siap buat kubur pulak kat melaka tu. Bukan mayat dia ada dalam tu , yang ada dalam tu entah baju dia entah spender dia. Dia mati kat Filipina. Bagaimana cara dia sebarkan kristian nih? Orang kita panggil gerakan halus ...dia panggil yang ditulis kepada semua mubaligh kristian yang nak datang ke Asia ni, cara dia guna kaedah "garam dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya kalau ubi kayu yang waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya dia kekalkan orang melayu dengan identiti Islam hakikatnya kehidupan kita bukan cara islam lagi. Cara inilah yang Rasullullah kata macam kepingan malam di malam gelita , inilah yang imam ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam dimalam gelita tu. Pertama melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh kristian. Convent itu, Saint inilah. Menurut satu petikan seorang mubaligh kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh Gorge Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi................ "..pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya, justeru itu ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu(kristian) yang diletakkan dalam gelap , penyebaran agama kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian bukan organisasi. Dirasa kesegarannya bukan bersikap kalam, dinamik dan etikal bukan bersifat formalistik pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya lantaran ia tidak menganjurkan ahli melayu tadi menjadi ahli baru kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat melayu dan seluruhnya. ajaran kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu kristian muslim melayu tempatan yang mencerminkan kristian muslim melayu sejati.." Sebenarnya dia hendak, akan datang suatu masa nanti orang melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian.
Cara kebajikan pulak...hari ni sapa tak kenal kelab rotery..yang cuci buah pinggang, kelab lion , bulan sabit merah, saint john ambulan, sapa tak kenal palang merah mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Akhirnya sampai hari ni kita bergaduh sesama melayu. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Orang melayu sendiri yang sponsor maksiat. Seorang Mufti yang nak mempertahankan hukum Allah cegah anak melayu masuk pertandingan ratu cantik, bukan anak melayu tu yang kena, mufti kena buang. hari ni yang menghidupkan maksiat paling besar orang melayu, jeneral lagi, sedara dengan PM lagi sanggup mempertahan ibu maksiat paling besar dalam Islam. Sanggup mempertahankannya, patutnya kita yang lawan. Heran sungguh peel pemimpin yang kita pangkah dalam pilihanraya ni. Kitab bible pertama dalam bahasa melayu diterjemahkan oleh orang melayu....sapa? Karyawan agung....bukan main hebat...Munsyi Abdullah. Banyak saham dia. Sampai hari ni kita pertahankan apa yang dia buat. tu lah dia yang rasullulah kata pagi tadi dia sembahyang dengan kita petang dia jual agama. Pemimpin yang kita pilih itulah apa bila seorang guru nak masukkan draf mempertahan Islam dia tolak Bukan saja tolak hukum Allah dia tolak dengan tepukan. dan kita terus menerus lantik dia jugak. Bodoh sungguh kita semua.
Tengok lah hari ni...Bank Islam, Hospital Islam, pusat pajak gadai pun Islam. Bila orang tengok ..Malaysia Islam. Kita semua nampak macam ubi lagi tapi kita sebenarnya dah jadi tapai. Perlembagaan persekutuan itulah murtad yang paling besar. Sebab perlembagaan tulah Haji Bukhari menagis-nangis, sebab perlembagaan tulah Haji Kamarudin menagis, sebab perlembagaan tulah Yusof menangis, sebab perlembagaan tulah Ibrahim sekeluarga mati dibunuh. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan dengan mulut paling kurang dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun forwardkan alamat homepage ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka sebab ini semua tanggung jawab kita semua. Nak harapkan suratkabar? hampa sungguh kita sebab berita yang keluar semua dok puji pemimpin kita. Semua berita ditapis sedemikian rupa takut orang melayu kita sedar apa yang terjadi. Akhir sekali homepage ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja seangkatan sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Semua fakta dalam halaman ini adalah hakmilik saudara kita Zulkifli Nordin peguambela kes Aishah.
sekian wassalam.!

CALON PLKN 2012??? ADAKAH IA BEBANAN ATAU KELEBIHAN???

salam alaik.....

Alhamdulillah.... keputusan pemilihan PLKN Siri 9/2012  telah keluar..... ramai yang dapat... dan ramai yang x dapat.... :)

tetapi apakah ia satu bebanan atau satu kelebihan??? biarlah apa pun jawapannya.... tetapi, ia harus ditempuhi oleh semua insan yang lahir pada 1994 dan terpilih....

nasihat ana buat semua calon yang terpilih,

1. janganlah anggap ia sebagai satu bebanan... malah perkara yang utama ialah, anda perlu THINK POSITIF!!! barulah semuanya akan berjalan lancar.... bila terpilih, ia mnjadi satu kwjipan kpda anda smua... :) 

2. Ikhlaskan diri anda smua! semoga dengan keikhlasan itu dianggap sebagai ibadah buat anda semua.... kerana ini adalah arahan daripada kerjaan.... 

3. buang semua tanggapan negatif sebelum anda hadir ia!!!

4. ingatlah, latihan ini mampu disiplinkan diri anda semua.... Insya-Allah, anda akan lakukan perkara yang tidak sia-sia.... :)

5. Bersyukurlah kerana anda merupakan seorang insan yang terpilih daripada berpuluh-puluh ribu sahabat kita yang x dapat di luar sana... :) 


pesanan buat sahabat yang x dapat......

1. bersabarlah, jangan kecewa!

2. peluang masieh ada... buatlah permohonan..... Insya-Allah siri depan masieh ada... :)

3. jangan jatuhkan semangat sahabat2 yang terplih... malah, anda perlu beri semangat buat mereka!!! barulah nama sahabat kalau macam tuh..... kata seorang sahabat ana, "apalah guna kawan, seandainya dia x dapat membawa manfaat yang baik kepada kita."



untuk sahabat2 yang belum check lagie..... ikut tutorial kat bawah nieh......


2. akan keluar page seperti ini :



3. Untuk menyemak status pemilihan PLKN Siri 9/2012 sila masukkan no kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan.... seperti ini :


4. jika keluar macam ini, anda tidak terpilih (jangan sedieh): 


5. seandainya keluar seperti ini, TAHNIAH!!! ANDA LAYAK :









ana nak ucapkan tahniah buat sahabat karib ana yang terpilih...... 


semoga Allah memberkati enta :)



Jumaat, 1 Julai 2011

assif jiddan min ana.....

salam alaik....

pertamanya dan selama-lamanya marilah kita ucapkan kalimah syukri, tahmid..... kerana dengan ni`matNya yang Allah limpahkan buat manusia di muka bumi ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.... Subhanallah.... betapa pemurahnya Allah itu... :)

seterusnya, ana nak terus masuk point ana! 

kalau sahabat-sahabat perasan, ana dah jarang post..... akhir-akhir ini, ada juga sahabat-sahabat bertanya baik sahabat dari SMK AGAMA SIK, PPIK, PAKSI dan ahli usrah ana tentang blog ana... ana tidak punya 1001 jawapan untuk antum semua.... 

bukanlah bermakna ana x mampu menjawab soalan antum... tpi, ana rasa memerlukan penjelasan yang lebieh jelas.... dan mungkin apabila ana umumkan disinie, antum (sahabat-sahabat blogger) akan faham mgapa dan kenapa......

pertamanya, ana nak antum semua faham dan tahu, bahawasanya semangat JIHAD di MEDAN tak pernah luntur walaupun setitik.... malah makin menebal.... 

keduanya, ana nak antum semua doakan ana.... baik dari aspek sosial, politik, kesihatan, pelajaran dan kerjaya....

ketiganya, ana nak antum tahu, sedar dan yakin bahawa ana akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk kegemilangan ISLAM...

baru-baru ini ana terpikat dengan kata seorang ulama` 
"Zaman sekarang, JIHAD bukanlah lagi dengan mengangkat pedang, tetapi pada hari ini, JIHAD memerlukan fikrah dan emosi yang kuat dan rasional."

keempatnya, ana nak bagi tahu sahabat sahabat sekalian bahawa ana mempunyai banyak blog.... dan blog blog ini ana persembahkan dalam bentuk yang pelbagai.... kerana ana rasa, uslub da`wah itu sangat luas.... dan ana ingin mencubanya.... dan ana jadikan blog sebgai satu medan yang besar bagi ana untuk ana bantu Agama Islam.... antara linknya ialah.......



maka ana harap sahabat-sahbat boleh berkunjung dan ziarah ana di semua blog ana..... ada lagi yang ana x sempat linkkan untuk sahabat sahbaat kerana masa tidak mengizinkan......

sekali lagi.... assif jiddan....

akhukum,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.