Salamullah Alaykum Ya Akhi....
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM,
Kepada-Mu jua, ya Allah, ana panjatkan rasa puji-pujian dan kesyukuran, zat yang Maha Melindungi akan makhluk-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia baginda, Nabi Muhammad SAW, pemberi syafaat kepada umat di akhirat kelak, salam dihulur jua kepada keluarga serta para sahabat baginda.
SAHABATKU YANG BERGELAR MUSLIMIN, hari ini ana ingin berpesan pada diri ana dan jua kepada seluruh kaum muslimin terutamanya antum yang membaca article yang ana terbitkan ini. Article ini adalah bingkisan hati ana, yang mana ana tulisnya apabila ana melihat rakan-rakan ana di dunia luar sana sedang dibuai keenakkan duniawi. Ana mohon maaf andai ada yang terluka hati dengan article ini. Dan ana tidak kisah andai antum ingin marah pada ana kerana ana yakin article ini adalah benar dan dengan cara inilah ana ingin membantu agama Islam. Kerana ana tahu bahawa, andainya ana bantu agama Allah, Allah akan bantu ana kelak. Oleh itu, ana harap antum hayati article ini dan beramallah serta sebarkanlah ke seluruh pelusuk dunia agar para remaja sekarang ini kembali kepada jalan yang benar.
Sahabatku, umur remajamu bermula sekitar 15 tahun. Ana pun ketika ana menulis article ini ana baru sahaja 3 minggu lepas PMR. Anta mula terasa satu kelainan dalam tubuhmu, yang tidak pernah anta rasa sebelum ini. Semua insan yang bernama lelaki melalui saat-saat seperti ini. Anta tidak bersendirian, sahabatku. Anta rasa getaran dan godaan saraf yang disebabkan membaranya nafsu syahwat. Itulah penyakit para remaja sepertimu.
Tenangkan hatimu, sahabat. Keluhan hatimu itu bukan hanya anta yang rasakan. Tidurmu tidak lena kerana godaan seksual. Pembelajaranmu terganggu kerana emosi yang tidak menentu. Hubunganmu dengan keluarga menjadi renggang kerana anta cuba mencari jalan penyelesaian sendiri. Kau mula menyusun langkah mendekati kawan-kawan seusiamu. Segala kegiatan harianmu mula bertukar, sebagaimana bertukarnya suara halusmu menjadi garau, badan yang kurus menjadi sedikit sasa dan kumismu yang mula tumbuh.
Sahabatku, tika ini nafsu melebihi segala-galanya padamu. Anta mula melihat wanita tidak pada keadaan sebenarnya lagi sedangkan mereka adalah manusia yang dicipta daripada daging dan darah yang punya kelebihan dan kekurangan. Bagi dirimu, wanita adalah segala tempat tumpuan, harapan dan cita-citamu. Wanita dipuja-puja, menjadi makhluk idaman. Bagimu wanita seolah-olah tiada kekurangan, menarik, menawan,sempurna dan secantik-cantik ciptaan.
Anta menjadikan manusia sebagai puteri khayalanmu pada setiap waktu. Setiap bicaramu pasti menyebut tentang keindahan dan keseronokan bersama wanita. Jika tidak berbicara pun hatimu sentiasa memikirkan mereka. Benar kan, SAHABATKU?
Sememangnya itu adalah perkara normal yang berlaku kepada mana-mana remaja lelaki. Tetapi adakah anta mahu semua itu menguasai dirimu yangg baru mencecah usia m=semuda ini?
Sedangkan pada usia ini anta harus menumpukan perhatianmu kepada pelajaran dan pencarian ilmu. Dan, pembelajaranmu hanya akan tamat sekurang-kurangnya ketika usiamu mencecah 23 tahun atau lebih.Jadi apa yang harus anta lakukan sekarang? Masa itu terlalu lama, lebih kurang 12 tahun lagi sedangkan pada masa itu gejolak nafsumu datang bertubi-tubi, membara, membakar hatidan naluri. Ini adalah satu dugaan yang amat besar kepadamu, Sahabat.
Kalau kita kembali kepada sunnatullah untuk gejolak yang kau rasakan itu, ubat yangg paling berkesan untukmu adalah KAHWIN!!! Adakah anta bersedia???
Umurmu baru 16 tahun, akhi. Mengertikah anta akan erti sebuah perkahwinan? Ia bukan menuntut penyelesaian berkaitan gejolak yang anta rasakan sahaja. Sebuah perkahwinan menuntut tanggungjawab yang sangat besar dari segi mental dan fizikal. Mampukah anta, ya akhi? Anta pasti tidak akan mampu untuk berkahwin pada usia sekarang. Jadi apa jalan penyelesaian yg anta perlu ambil?
Dalam anta mencari jalan penyelesaian itu, anta bertanya kawanmu yg seusia, bagaimana mereka meredakan tuntutan nafsu syahwat yang meronta-meronta itu. Anta lihat masyarakat sekeliling. Anta tidak bertanya kepada ibu bapamu, kerna bagimu mereka tidk akan memahamimu. Lalu anta membuat jala penyelesaian sendiri.
Anta cuba menyelesaikannya dengan melihat gambar-gambar lucah, melihat filem-filem porno, membaca cerita-cerita yang mengasyikkan. Ada yang sanggup menampal gambar-gambar itu pada dinding. Bangun tido terus lihat gambar tersebut. Atau dgan lebih mudah sekarang ini segalanya boleh didapati di sesawang Internet. Masamu banyak dihabiskan dgan khayalan yg tidak pernah hilang drpada ingatanmu. Anta sendiri seperti di awangan, tidak sedar sama ada anta alam nyata atau mimpi.
Sedarkah anta semua ini boleh merosakkan sarafmu, menggangu konsentrasimu pada pelajaran? Anta juga bleh jadi gila dan menjadi seorang yg putus asa jika asyik melayan perasaanmu yang bergekolak itu. Atau anta mungkin melakukan masturbasi atau onani, memuaskan nafsu sendiri apabila khayalanmu sudah tidak dapat dibendung lagi.
Tahukah anta perkara itu bila dilakukan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, kesal, letih dann sebagainya yang mungkin lebih dahsyat daripada ini. Seolah-olah diri anta tiada guna lagi seperti mati katak.
Muslimin yang diberkati Allah, semua khayalanmu boleh membawa anta melakukan perkara yang lebih teruk daripada yg disebutkan tadi. Anta juga boleh terjerumus kelembah zina. Anta rasa keindahan dan kelazatan drpada sumber yang diharamkan Allah SUBHANALLAH!
Bagaimana dengan cita-citamu? Anta sudah tidak ada arah tuju. Ini semua kerna Syaitan Laknatullah itu. Anta telah membiarkan syaitan terjun ke dalam hatimu. Ya Allah, ampunilah Sahabatku ini!
Sahabat, jangan anta ingat bila anta telah melakukannya anta akan terus berhentu kerana sudah puas dan kekenyangan. Tapi, anta akan terus diburu nafsuyang lebih dahsyat lagi buat wanita-wanita lain. Ini ibarat meminum air masin, semakin banyak diminum semakin haus dibuatnya.
Dalam Al-Quran Allah memerintahkan setiap orang yang beriman, baik lelaki atau perempuan supaya sentiasa menjaga kehormatan dan menjauhi perkara yang dapat membawa kepada ternodanya kesucian. Kepada kaum lelaki Allah berfirman:
“katakanlah kepada lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengatahui apa yang mereka perbuat”(AN-NUR:30)
Wahai kaum muslimin, semua ini tak ke mana selagi antum melayan nafsumu, semakin jauh antum dibawa dari kebenaran. Dan, kesihatanmu juga akan terjejas sedikit demi sedikit. Cuba kita lihat bagaimana artis barat yang sudah tentunya tiada pedoman hidup seperti kita orang Islam yang mempunyai banyak panduan untuk melayari kehidupan yang lebih bermakna dan diredai Allah?
Satu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah adalah kita dapat lihat dengan jelas mereka yang beramal baik dan berakhlak mulia diberi kesihatan, kesegaran tubuh badan dan kehidupan yang tenang. Sebaliknya Allah sediakan landasan yang berbeda kpada mereka yang melkukan perkara keji dan hina. Malah fikiran mereka sentiasa tiada erti ketenangan.
Alim ulama ada mengatakan:
“Barang siapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya.”
“Jagalah Allah pada masa mudamu, nescaya Dia akan memerhatikanmu di saat engkau tua.”
Jadi macam mana dengan antum, Seandainya antum tergolong dalam golongan yang tidak menjaga usia mudamu yyang sangat bermakna itu? Mnfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin supaya air tidak akan tirih melalui atap itu lagi...
Ana percaya tentu antum pernah dengar kisah nabi Yusuf a.s. Sewaktu remaja. Dia telah digoda oleh Zulaikha yang cantik jelita. Nabi Yusuf sedar seandainya dia tak dapat tahan nafsu dia, dia akan terjebak ke dalam lembah yang hina. Oleh itu, gunalah akal untuk lawan nafsu. Betapa pentingnya mencontohi nabi Yusuf yang pandai mangemudi kapal nafsunya. Begitu juga dengan antum semua. Pasti antum semua dapat menjejaki sifat nabi Yusuf iitu. Yakinlah pada diri sendiri. Percayalah!
Ana sedar bukan antum tetibe je nek nafsu, mesti la kaum hawa ini menggodamu dengan tubuh meliuk dan lentok badan, membuat gejolak nafsu tidak dapat tahan lagi. Sabarlah, itu semua Ujian Allah. Katakanlah apa saja pada kaum hawa itu supaya mereka berasa malu dan hormat kepadamu.
Igatlah ada golongan yg akan dtempatkan di bawah arasy Allah dgn sejahtera kerna ketika di dunia mereka adalah golongan yang menolak zina dengan berkata “aku takut kepada Allah” walaupun mereka ini digoda oleh golongan bangsawan sekalipun. Jangan antum merangsang lagi nafsumu itu, dengan benda-benda yang sia-sia. Dengan sedikit usaha antum pasti dapat menjauhi perkara yang dilarang oleh Islam, sedikit demi sedikit. Insya-Allah.
Wanita yang asalnya bepurdah disuruh telanjang, memakai pakaian ketat dan singkat hingga menampakkan segala perhiasan semula jadi yang Allah halalkan hanyalah untuk dirinya dan suaminya yang sah sebagai tanda kemajuan, kemodenan dan akhirnya antum terjebak dengan seks bebas dan pelbagai kehinaan tanpa disedari. Ini semua hanyalah godaan atau propaganda yang org barat cuba masukkan dalam budaya kita kerna mereka tidak senang tengok kita lenang di sinie.
Mereka menjadikan muslimah itu seperti binatang peliharaan mereka sesuka hati. Sedangkan kambing dan lembu diberi makan minum serta dijaga dengan rapi. Tidak malukah kaum hawa pabila ana mengatakan mereka kini sama taraf dengan harga kambing di pasaran, seperti lampin pakai buag dan seperti polisterina yang digunakan hanyalah untuk sekali sahaja? Dan tidakkah rasa hinanya kamu wahai kaum muslimin kerna mengejar lembu yang busuk baunya, lampin yang penuh berisi najis bayi dan poolisterina sisa-sisa makanan?
Renunglah... Sesungguhnya wanita seperti itu adalah wanita yang bodoh kerna mereka tidak terfikir bahawa mereka diperalatkan. Mereka rasakan mereka cantik, menarik, entah apa lagi, padahal mereka telah diperbodohkan dan menjadi bahan ketawa syaitan yang bertopengkan manusia. Kalau kita lihat sekarang ini, berapa banyak program yang melibatkan lelaki perempuan bergaul bebas? Macam mana nak kawal kes jenayah, anak luar nikah, kahwin lari kalau kerajaan masih mengadakan fiesta-fiesta, konsert-konsert jalanan dan sebagainya. Cubalah pihak kerajaan ambik inisiatif untuk mengadakan ceramah-ceramah agama, program sihat untuk remaja. Kalau kita lihat sekarang ini betapa jauh bezanya ceramah agama dan konsert dalam sebulan di setiap negeri?
Sekarang ini, pakaian wanita tidak lagi dititik beratkan... Sampai ada yang tidak segan silu menggayakan pakaian yang menampakkan buah dada, bentuk badan dan sebagainya. Seolah-olah dunia ini milik mereka. Kalau kita lihat sekarang ini pakaian kekampus dan harian juga sudah jauh tersasar dari hukum Allah. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. telah tinggalkan kepada kita 2 panduan iaitu Al-Quran dan Hadis. Adakah antum memanfaatkannya dengan sepenuhnya? Tidak hairanlah kes buang anak, kahwin lari dan sebagainya meningkat pada hari ini kerna ingin melentur buluh di batang yang keras.
Yang menjadi mangsanya kaum muslimin... Antum jagalah hati perasaan dan sebagainya agar dipelihara oleh semua itu. Malulah pada Allah andai antum tidakm malu pada masyarakat.setiap yang Allah haramkan pasti ada ganti yang lebih baik. Jangan korbankan dirimu dengan hanya seorang wanita, malah korbankanlah dirimu kerna Allah S.W.T. Berhati-hatilah propaganda barat yang mengekploitasikan wanita demi meruntuhkan akhlakmu dan Agama Islam Agama Benar ini.
Antum juga bakal ada anak, jadi, mahukah antum lihat anak-anak antum terjebak kelembah yang hina ini? Oleh itu, amalkanlah ia supaya ia menjadi ikutan buat remaja-remaja lain dan keturunanmu. Pernahkah antum terfikir pabila ingin mengimamkan solat jenazah umimu nanti? Cukupkah ilmu di dada? Atau untuk menjadi wali kepada anak perempuanmu?
Tanyalah dirimu sahabat... Sungguh besar dan banyak sekali tanggungjawab antum... Adakah antum sudah bersedia? Salurkanlah kehebatan pemberian Allah dengan cara yang betul. Jangan kuburkan ia. Sebenarnya kita mempunyai kehebatan lebih daripada orang-orang barat tetapi mengapa kita selalu mengagungkan mereka? Tidak adakah keyakinan dalam diri kita ini? Dan, Allah mencipta kita manusia dengan kehebatan masing-masing, tapi kenapa kita suka meniru orang barat? Orang barat cucuk sana cucuk sini botox sana botox sini knapa kita pun turut meniru?
Sahabat, solatlah di awal waktu.. Sesungguhnya solat itu asas agamamu. Sesungguhnya wudhumu itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecilmu dan solatmu yang sempurna dapat menghalang antum untuk melakukan kemungkaran... Jadikanlah Rasulullah sebagai idolamu. Buanglah Mawi, Anuar Zain dan sebagainya jauh-jauh... Kembalilah kepada kedua ibu bapamu. Peluklah, ciumlah tangan mereka pipi mereka, pohonlah kemaafan. Pasti mereka bangga atas antum... Yakinlah bahawa antum adalah orang yang paling bertuah kerna mempunyai ibu dan ayah...
sekian saja pesanan ana...
sama-samalah kita beramal dan sama-samalah kita mencegah kemugkaran...
semoga article ana ini membuka ruang hati antum untuk bertaubat....
InsyAllah... siiru `alla barakatillah...
semoga Allah memberkati kita semua...
salam jihad...
PUTERA UNGGAL