@ Benarkah bercouple haram dalam islam?
Istilah couple berasal dari perkataan inggeris yang membawa maksud berpasangan. Dalam islam, hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi hanya menjadi halal apabila terjalinnya ikatan perkahwinan melalui pernikahan yang sah menurut syara’. Telah dijelaskan
dalam firman Allah s.w.t mafhumnya, ‘janganlah kamu menghampiri zina’. Begitu
telah manjatuhkan hukum bercouple adalah haram sama sekali kerana ia merupakan
salah satu pintu kepada berlakunya penzinaan apabila keterbukaan batas antara
lelaki dan perempuan tersebut.

Keinginan merupakan perkara pertama yang akan dibisikkan oleh syaitan pada hati-hati mereka maka permulaannya akan berlaku apabila seorang lelaki atau perempuan tersebut cenderung untuk menyentuh tangan pasangannya walhal bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah diharamkan sama sekali hinggakan Allah s.w.t. membuat
persamaan menyentuh kulit khinzir itu lebih baik dari bersentuhan antara ajnabi. Apabila telah berlakunya perkara seperti itu maka pasangan-pasangan tersebut akan lebih berani untuk melakukan perkara-perkara lain yang lebih lagi dari itu. Alasan mereka kerana mereka saling sayang menyayangi sedangkan Allah s.w.t. itu lebih mengetahui dan mereka tidak mengetahui. Istilah ‘habis madusepah dibuang’ atau bahasa yang lebih mudahnya, pakai buang kerap kali menjadikan kaum wanita seolah-olah barang murah apatah lagi setelah kehilangan maruah diri kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi itu hanya menjadi halal dalam dua keadaan sahaja iaitu pernikahan dan kerja-kerja penting yang menuntut untuk berlakunya komunikasi antara dua jantina. Bukanlah bermakna Islam melarang sama sekali untuk saling mempunyai rasa kerana cinta itu adalah fitrah yang dikurniakan Allah s.w.t. dalam hati setiap makhluk yang bernama manusia tetapi perlulah menyalurkan rasa itu
pada jalan dan batas yang telah ditetapkan oleh syara’.

@ Wujudkah istilah couple Islamic dalam islam?
Isu couple ini terlalu sensitif sebenarnya untuk dikupaskan secara lebih mendalam namun menegakkan kebenaran agama itu lebih menuntut untuk dirungkaikan satu persatu perkara ini kerana fenomena ini semakin merebak umpama virus yang sedang meracuni fikiran anak-anak muda atau remaja Islam masa kini terutama di Malaysia. Pengaruh ini
akan menjadikan para remaja semakin leka dan terlalai dari apa yang sepatutnya
digalas iaitu tanggungjawab kepada agama, bangsa, negara, keluarga dan diri
sendiri. Hakikatnya, remaja adalah tunjang utama kekuatan sesuatu organisasi atau pimpinan kerana kekuatan minda, buah fikir, emosi dan semangat yang dimiliki. Lemah remaja itu maka lemahlah kubu pertahanan sesuatu organisasi atau pimpinan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan