"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"
Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz'..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini ,
sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"
Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.
Doa berbuka puasa:
"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat Seluruh Dunia
Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.
Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan