SAHABAT SETIA

Isnin, 7 Jun 2010

12 WIRA PULANG

SEPANG: Laungan Allahuakbar dan selawat bergema sebaik 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel, Isnin lalu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini jam 6.10 pagi, semalam.
WIRA NEGARA…Muhyiddin menyambut kepulangan Syed Muhammad Haleem (tengah) bersama sebahagian sukarelawan Malaysia, semalam.
WIRA NEGARA...Muhyiddin menyambut kepulangan Syed Muhammad Haleem (tengah) bersama sebahagian sukarelawan Malaysia, semalam.
AYAH SELAMAT…Dr Mohd Arba (kanan) memeluk anaknya sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.
AYAH SELAMAT...Dr Mohd Arba (kanan) memeluk anaknya sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.
Kepulangan mereka diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) yang juga Penyelaras Aman Malaysia/Palestin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Selain itu, ahli keluarga, rakan dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul sejak jam 4 pagi turut memenuhi kompleks berkenaan untuk menyambut sukarelawan yang dianggap wira negara itu.
Pelbagai sepanduk tertera ayat Selamat Pulang Wira-wira Malaysia; Keberanianmu Adalah Lambang Keberanian Malaysia; Harum Namamu Wira Negara Telah Tercatat Dalam Sejarah dan Pengorbananmu Menjadi Inspirasi Seluruh Rakyat Malaysia turut dibawa ahli NGO.
Sejurus tiba, doa turut dibacakan sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka. Semua sukarelawan tiba dari Istanbul dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 5.40 pagi, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia), Jumaat lalu.
Kumpulan itu kemudian membuat pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas ke tanah air petang kelmarin.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya meminta rakyat Malaysia sentiasa mendoakan supaya misi keamanan seumpama itu dapat diteruskan, sekali gus menyemarakkan lagi usaha untuk membela dan membebas rakyat Palestin dari rejim Israel.
Kita bersyukur dan berdoa usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah dan selamat kembali ke tanah air, semua rasa gembira (tiba di tanah air) tapi pastinya perjuangan kita masih belum selesai.
Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit untuk membebaskan semua 12 rakyat Malaysia, mudah-mudahan kita teruskan usaha ini sehingga rakyat Palestin dibebaskan dari cengkaman regim Zionis Israel, katanya.
Beliau berkata, Malaysia juga akan terus mendesak supaya usaha berterusan dapat diambil untuk memastikan pihak Israel diambil tindakan sewajarnya.
Tindakan ganas Israel terhadap misi kemanusiaan bukan saja kejam tapi tidak berperi kemanusiaan, sebab itu kerajaan amat menyanjung usaha pelbagai pihak termasuk NGO untuk teruskan misi kemanusiaan ini.
Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira mazhab, politik, sosial dan agama mengecam keras tindakan berkenaan, katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, 10 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua kru televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif dan Mustapa Mansor.
Dua kru Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.
Sumber : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

PELAWAT BLOGGER

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.