SAHABAT SETIA

Jumaat, 4 Jun 2010

KAPAL DISERANG ISRAEL


Sumber : harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 5 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
*****************************
Hari ini saja aku terima banyak mesej yg diforwad mengenai insiden ini.. Bimbang memikirkan saudara-saudara seIslam ku disana.Sama-sama kita umat Islam doakan kesejahteraan buat saudara-saudara kita..
"اللهم انصرنا فاءنك خير الناصرين"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.