SAHABAT SETIA

Sabtu, 31 Julai 2010

SoaLan Tuk JeMaaH TaBliGh....vs JawaPaN bla..bla..bla..bla...

SoaLan Tuk JeMaaH TaBliGh....vs JawaPaN bla..bla..bla..bla...

Berikut Adalah Persoalan Sorang Hamba Allah Tentang Jemaah Tabligh So Dengan Selambernya Aku Nak Jawab.....Ikut Suka Hati Aku.....


Soalan 1:
Kalaulah Tabligh Ni Betol, Xsesat.. Nape Ramai Org Yang Xikot Jemaah Ni Dari Yg Ikot? Nape Sampai Ader Yg Halau N Maki-Maki Lagi? Walhal Yg Membenci Itu Dari Golongan Islam Juga..


Kalu La Sume Nabi2 Tu Betui Nape Ramai Kaum Dia Tanak Ikut? Nape Sampai Ade Yang Halau Dan Maki Maki Lagi? Walhal Yang Membenci Kaum Dia Sendiri Plak Tu…Huhuhu.

sosat




Soalan 2 :
Btol Ker Dengan Tak Kerja Dapat Rezeki Juga? Mmg La Kita Kena Yakin Dgn Allah.. Tapi Klu Tak Usaha Cne Nk Dapat Ape Yg Allah Sediakn? Ini Menggalakkan Org Jadi Malas Utk Berusaha.


Ehhh Dik....Btol Ler Tak Keje Pun Bole Dapat Rezeki Juga!!! Banduan Tak Keje, Orang Gila Tak Keje, Orang Sakit Tak Keje, Budak Budak Tak Keje, Suri Rumah Tak Keje, Lain Lain Specis Pun Tak Keje Cam Babi Hutan, Babi Bandar, Ular Sawo Batik, Ular Sawa Albino, Biawak, Ketam, Udang, Jelutong, Monkey, Monyet, Semut Hitam, Semut Merah, Kerengga, Cicak Kobeng, Ikan Puyu, Kutu Kepala, Kutu Raya, Kutu Babi, Kutu Rayau, Burung Rajawali, Buru Kelicap, Burung Pipit Dan Burung Enggang Campur Burung Pungguk Tidak Lupa Jugak Burung Wak Wak Ish...Tadak Keje Betui La Aku Taip Banyak2 Nih....Kuikuikui...

saya pun tak keje kuikuikui



Soalan 3 :
Ader Org Tbligh Cakap Akhirat Lg Penting.. Dunia Tak Penting.. Tp Ader Jer Yang Kejer... Klu Ngan Baca Doa Jer Dapat Tampung Hidup.. Npe Nk Kjer Lak? (Astagfirullah.. Harap Saya Tak Syirik)


Woiiitt Adik....Ade Jugak Orang Cakap Dunia Pun Penting Tapi Ader Yang Tak Kejer Plak. Kalu Dengan Dengan Bace Blog Jer Takleh Tampung Hidup Npe Tak Nk Kjer Lak? (Astagfirullah...Harap Tak Kena Sumpah Cam Shrek)

malas lor nak keje....ngeh..ngeh..ngeh...



Soalan 4:
Purdah Tu Wajib Ker? Nape Ramai Org Tabligh Pakai Purdah? Pakai Itam Sumer? Ape Beza Org Yg Pakai Purdah Berwarna?


Haiiyaa Adik Amoi...Tutup Rambut Tu Wajib Ker? Nape Ramai Pompuan Islam Tak Tutup Rambut? Ape Beza Org Yg Tak Tutp Rambut Ngan Org Kafir?


kepak aku pun pakai tudung huhuhu


Soalan 5:
Kalau Mak/Ayah Tak Benarkan Kita Gi Dengar Bayan/Nusrah Jemaah. Ape Hukum Die? Kita Perlu Ikot Mak/Ayah Atau Pergi Jer Kat Bayan Tu. (Bg Yg Blom Berkahwin) Klu Yg Dah Berkahwin, Husband Diorg Tak Kaci Pergi Sane.. Yg Mne Nk Ikot?


Kalau Mak/Ayah Tak Benarkan Kuar Umah Gi Pasar Malam Tanpa Mahram Ape Hukum Die? Kita Perlu Ikot Mak/Ayah Atau Pergi Jer Pasar Malam Tu. (Bg Yg Blom Berkahwin) Klu Yg Dah Berkahwin, Husband Diorg Tak Kaci Pergi Sane...Yg Mane Nk Ikot? Kuikuikui
gambar tiada hiasan

Soalan 6:
Kalau Mmg Allah Tak Bagi Hidayat Kt Seseorang Tu Sampai La Die Meninggal. Kita Dok Dakwah Die Banyak Mne Pon. Tak Berkesan Gak... 


Ello Adik....Kalu Dah Mmg Allah Tak Kasi Sembuh Penyakit Seseorang Tu Sampai La Die Meninggal. Kita Dok Perabis Duit Berubat Banyak Mne Pon. Tak Berkesan Gakkk......


uiks


Haa.. Satu Lagi..
Kalau Lah Kita Nie Miskin.. Takder Pape.. Bukan Ker Kita Dok Susahkan Org Lain.. Pinjam Sana.. Pinjam Sini. Mak Ayah Pon Jadi Risau... Mak Ayah Takot Nk Kahwinkan Anak Perempuan Die Ngn Karkun.. Takot Idop Susah.. Nnti Diorg Pon Susah Sama.. Cucu-Cicit Pon Susah..


Aiyaa...Dik.. Kalu Lah Kita Nie Kaya Raya...Banyak Harta.. Bukan Ker Dok Susah....Sakit Itu La Sakit Ni Laa...Tak Bleh Makan Itu Tak Bleh Mkan Nie...Bini Pun Risau...Takut Laki Kahwin Lagi....Takot Bermadu....Nanti Dia Pun Susah Sama Tak Lalu Mkan Itu..Tak Lalu Mkan Ini....Last Makan Manggi Plak...Susah Susah...

kalu la aku kaya....huhuhu




Harap Maaf (-.-) Jika Soalan Saya Agak Kurang Pandai Atau Kurang Berhemat. Tp Ini Yg Saya Terfikir Dan Juga Dari Org Sekeliling... Jazakallah






Harap Maaf (-.-) Jika Jawapan Saya Agak Kurang Pandai Atau Kurang Berhemat. Tp Ini Yg Saya Terfikir Dan Juga Saya Mmg Pening... Jazakallah




(Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Syirik)
(Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Citer Shrek)

PERIHAL RASULULLAH S.A.W.

PERIHAL RASULULLAH S.A.W

~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)

Ya Rasulullah,
keperibadian mu menjadi ikutan
tauladan ummah sepanjang zaman.. 

(Syeikh Muhammad Jamil Zainu) 

SENARAI KITAB-KITAB PILIHAN HATI

SENARAI KITAB-KITAB PILIHAN HATI

1.Nasihat Agama Dan Wasiat Iman - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.

2.Dakwah Yang Sempurna Dan Peringatan Yang Utama - Imam Habib Abdullah Alwi Al-Hadad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait. 

3.Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait. 

4.Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al-Haddad diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait. 

5.Petunjuk Jalan Thariqat” - Imam Al Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait. 

6.Ar-Risalah karya Imam al-Qusyairi 

7.Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan 

8.Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi 

9.Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi 

10.Iljamul 'awam oleh AL Imam Ghazali. 

11.Irsyadul Anam Fi Tarjamati Arkanil Islam oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini. 

12.Keutamaan Keluarga Rasulullah saw oleh K.H Abdullah bin Nuh 

13.Perhiasan Bagus oleh Al Habib Usman bin Abdullah bin ‘Aqil bin Yahya Al Alawi Al Husaini. 

14.Thariqah Bani Alawi oleh Habib Novel bin Muhammad Al Idrus. 

15.Riyaadhus Shaalihiin karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi. 

16.Jalan Nan Lurus : Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi oleh Ustaz Novel @ Naufal bin Muhammad al-'Aydru. 

`ulamak

ULAMA'

Ulama\ 

PROF. YUSUF QARDAWI

Prof. Yusuf Qardawi

SYED QUTB

Syed Qutb 

SYEIKH NURUDIN BANJARI

Syeikh Nurudin Banjari 

HABIB ALI AL JUFREE

Habib Ali Al Jufree 

AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

As-Syahid Hassan Al-Banna

Jumaat, 30 Julai 2010

Kem Astronomi 2010 anjuran Planetarium Sultan Iskandar

Berikut adalah sebahagian daripada gambar aktiviti outreach di Kem Astronomi 2010 anjuran Planetarium Sultan Iskandar

Lokasi: Kem Belia Pueh, Sematan, Sarawak
Tarikh: 23 – 26 April 2010

  
 
 
 
 
 

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2010 Kini Kembali!

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2010 Kini Kembali!

Untuk makluman semua, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) yang merupakan program tahunan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut carta perlaksanaan dibawah;


Carta Perlaksanaan Program
  • PTPR’10 Peringkat Negeri - Jun – Ogos 2010
  • PTPR’10 Peringkat Kebangsaan - September 2010 (Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
  • APRSAF-17 Water Rocket Event - November 2010 (Melbourne, Australia )
Dalam pertandingan ini, para pelajar dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna dengan menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Seterusnya model roket air itu akan menyempurnakan beberapa misi pelancaran ke udara dengan menggunakan alat pelancar roket air berserta kombinasi tekanan air dan udara sahaja. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia PTPR’10
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel : +603-2273 4303
Faks : +603-2273 5488
atau layari http://www.angkasa.gov.my/planetarium

Sabtu, 3 Julai 2010

REALITI DAKWAH

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

SEKALUNG HARAPAN

Aku harap sangka baik orang kepadaku Adalah doanya Sedangkan apa yang disangka oleh mereka tidak ada padaku Aku amat malu mendengarnya Sangka baik mereka moga-moga pahala bagi mereka Jangan pula jadi bala kepadaku Ampunkan dosa-dosaku Tuhan, apa yang mereka tidak tahu Jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka Berilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknya Bantulah aku untuk dapat melaksanakan apa yang mereka kata Kerana aku malu kalau aku tidak berbuat apa yang mereka sangka Jangan pula Engkau murka apa yang mereka kata Setiap apa yang mereka kata berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya Dan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannya Kalaulah mereka tahu kelemahanku Bukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari dariku Bukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencaciku Aku telah terperangkap dengan kata-kata mereka Kalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuat Jika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampu Dengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan untuk mengerjakannya Moga-moga apa yang mereka katakan aku mampu membuatnya

Ujian & Musibah : Allah mahu berkenalan dengan kita ?



Salam buat sahabat-sahabat pengunjung blog ana ,Semoga tenang dengan episod kehidupan masing-masing.Untuk kali ,teringin untuk berKONGSI dengan sahabat-sahabat satu pengisian yang di bawa oleh Ustaz Raja Mukhlisiaitu "Sebalik Musibah Itu:Allah mahu berkenalan dengan hamba-hambaNya.. Allah.Allah..Bagaimana tu???



Setiap manusia, pasti melalui suatu masa yang d
ikenali dengan MUSIBAH atau masa KESULITAN.
Kehidupan seseorang manusia tid
ak terlepas dari kesusahan, kesulitan, musibah dan sebagainya. Kadang kala, ia menyebabkan seseorang putus-asa dan ada juga yang sampai sanggup untuk membunuh diri dan sebagainya, hasil dari kekecewaan yang menimpa mereka dari kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan.
Namun, jika musibah dan kesulitan ditafsirkan dengan tafsiran yang sempurna, ianya tidak akan membuatkan seseorang putus-asa tetapi sebaliknya ia mampu memberi suatu kekuatan baru kepada seseorang, dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, didapati bahawa, seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.
Dalam kitab-kitab hadis juga, banyak menukilkan tentang hadis-hadis yang
menyebutkan tentang ujian Allah s.w.t. terhadap para hamba-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"
Jika kita lihat dalam lipatan sejarah, kita dapati bahawa, Rasulullah s.a.w. yang merupakan manusia yang paling dikasihi Allah s.w.t. sendiri, diuji dengan pelbagai ujian, termasuklah dibaling dengan batu, dilempar dengan najis dan kotoran, dan sebagainya. Begitu juga dengan para Nabi yang lain, seperti Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Ayub a.s., dan selain dari mereka.
Persoalannya, apakah rahsia di sebalik ujian-ujian Allah s.w.t. terhadap para kekasih-Nya?
Rahsia Umum di Sebalik Musibah dari Allah s.w.t.
Para sufi dan ahli makrifah telahpun menjelaskan kepada kita, hakikat sebenar di sebalik ujian-ujian dan musibah yang menimpa seseorang muslim.
Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut.
Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi.
Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan.
Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka.
Ujian dan Musibah dalam Kaca Mata Sufi
Adapun para sufi menegaskan bahawa, ujian dan musibah merupakan suatu "ta'aruf" atau perkenalan dari Allah s.w.t., di mana setiap kali Allah s.w.t. menguji seseorang hamba tersebut, bererti Dia memperkenalkan diri-Nya kepada para hamba-Nya disamping menilai bagaimana hamba tersebut memperkenalkan dirinya kepada-Nya.
Ujian dari Allah s.w.t. ada dua jenis iaitu:
Pertama: Ujian berbentuk Musibah. Ujian ini merupakan suatu bentuk kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia seperti kematian, kehilangan, kemiskinan, kesakitan dan sebagianya.
Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.
Dalam kondisi ini, seseorang hamba yang jujur dalamUbudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya..
Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t..
Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t.
Kedua: Ujian berbentuk Kesenangan. Allah s.w.t. juga turut menguji para hamba-Nya dengan nikmat kesenangan, seperti kekayaan, banyak zuriat, kedudukan, dan sebagainya.
Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifat Jamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t.
Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.
Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya.
Kesimpulannya, seluruh yang berlaku dalam kehidupan manusia merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, seseorang hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, maka dia perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana ianya merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah s.w.t..

"Di sebalik Musibah itu ada JannahNya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.