SAHABAT SETIA

Khamis, 1 Julai 2010

ISTERI NABI (S.A.W) PUTUS CINTA

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Ummu Salamah dilanda satu musibah yang sangat besar dalam hidupnya iaitu kematian suami dan kekasih hatinya yang tercinta, Abu Salamah. Di saat kamatian jantung hatinya itu, Ummu Salamah berdoa dengan satu doa yang mahsyur,

“AlLahumma ajjirni fi mushibati wa akhlufli khairan minha.”

Yang bermaksud,

“Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibahku ini dan berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.”

Ummu Salamah kemudiannya bercerita,

“Belum selesai masa ‘iddahku, Allah telah memberikan pahala di atas musibahku dan menggantikan untukku orang yang lebih baik daripada Abu Salamah.”

Siapakah lelaki itu? Ya, dialah sebaik-baik lelaki dan sebaik-baik makhluk ciptaanNya. Siapa lagi kalau bukan Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kekasih Allah dan Penghulu Sekalian Nabi.

Gambar Hiasan


Melalui kisah ini, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita selusuri:

1. Kita mestilah bersabar dan redha dengan setiap musibah dan ujian yang melanda hidup kita.

2. Kita mestilah yakin bahawa setiap musibah yang menimpa diri kita adalah atas kehendak Allah yang mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik kepada kita sama ada berupa ganjaran pahala mahupun ganjaran-ganjaran keduniaan yang lain ataupun kedua-duanya sekali.

3. Contohi dan amalkanlah doa yang dibaca oleh Ummu Salamah ketika setiap kali dilanda ujian seperti kehilangan orang yang tersayang, harta benda, dilanda fitnah dan sebagainya.

Gambar Hiasan


4. Jika kita putus cinta, jangan putus asa dan jangan sesekali putus daripada berdoa kepada Allah agar diberikanNya galang ganti yang halal; jangan pula mencari lagi pasangan hidup yang haram setelah Allah menyelamatkan kita daripada mendekati zina yang semestinya membawa ke neraka.

5. Kalau masih belajar, teruskanlah pembelajaran seperti biasa; usah terburu-buru mahu mencari pengganti si "dia" yang telah pergi (bagi yang belum berkahwin). Yakinlah pada janji Allah yang telah menjodohkan kita dengan seseorang yang paling cocok dengan kita. Yakinlah bahawa apabila masanya telah tiba, kita akan diketemukan dan dijodohkan dengannya melalui talian perkahwinan yang halal dan sah, insya Allah. Tanyalah kepada mereka yang lebih berpengalaman…berapa kerat pasangan hidup yang setia bercinta dari alam menuntut ilmu sehingga berjaya menjejaki alam rumahtangga?

Gambar Hiasan


p/s: Kata seorang sahabat saya, “Bercintalah selepas nikah.” Saya bersetuju dengannya kerana ianya lebih suci dan selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Bagi saya, tidak pernah wujud istilah "cinta suci" melainkan setelah berdirinya mahligai rumah tangga. Adakah hati ini mampu suci daripada zina hati?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.