SAHABAT SETIA

Rabu, 15 September 2010

ILMU MENGANGKAT DARJAT MUSLIM

ILMU MENGANGKAT DARJAT MUSLIM

ILMU ITU BUKAN UNTUK DIPILIH,TETAPI DITUNTUT

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

alhamdullillah..kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dalam ruangan yang boleh ana katakan berilmiah dan usrah yang dapat kita kongsikan ilmu ilmu untuk kepentingan di dunia dan diakhirat insyaallah...

alai,pejam celik pejam celik sudah pun kita berada dalam tahun 2010 dan kini pun sudah masuk bulan kedua dalam tahun masihi.....namun,perubahan demi perubahan dan dugaan demi dugaan mula lebih ekstreme daripada dahulu...namun ana pasti dengan kekuatan iman yang kukuh dan hati yang setia pada ilahi,insyaallah,landalah segala ribut pun kita akan teguh seperti tiang konkrit....

sudah lebih kurang sebulan lebih ana tidak mengepost ilmiah dalam blog ini...ana sangat minta maaf kepada tetamu yang melawat kalau post tak kluaq kluaq...sebab ana pun agak sibuk dengan pengembaraan ilmu ana,tapi ana sangat berharap bahawa para tetamu yang melawat tu,walaupun disini sunyi,tetapi usaha menuntut ilmu itu masih digiatkan sehingga kita meninggal dunia,bukan bertumpu mahupun memilih ilmu je...

ha,inilah apa yang ana ingin bincangkan dalam post kali ini,kepentingan ilmu....kita sering bila berkata pasal ilmu,minda kita kita tentu set tentang ilmu fardu ain dan sama juga kalau kita mengunakan frasa pelajaran,kita kan kaitkan dengan silibus yang kita belajar di institusi pelajaran...tetapi apa yang kita lupakan bahawa ilmu itu merangkumi semua bidang ilmu pengetahuan yang berguna didunia dan diakhirat...ana tidak menyangkal yang ilmu fardu ain itu perlu di endahkan...tetapi perlu diseimbang malah ilmu fardu ain itu perlu dititik beratkan lagi kerana ia wajib....

cuba kita imbas semula sejarah kegemilangan islam...kita lihat bagaimana keagungan kerajaan abasiyyah dikala ilmu fardu ain dan kifayah dikuasai oleh umat islam...islam menjadi agung terkenal serta disegani oleh seluruh umat manusia termasuk orang eropah yang datang ke kota baghdad demi mencedok ilmu yang diperoleh oleh umat islam.....kita juga dapat lihat bagaimana ilmu mengangkat darjat umat islam pada masa itu sebagaimana yang disebut dalam firman allah...serta kita juga saksikan ilmu telah melahirkan ramai ilmuan islam seperti ibnu sina, al biruni ,al khawarizmi dan ramai lagi....

pada masa itu ilmu perubatan,astronomi,teknologi,mantik,hisab mahupun seni pembinaan telah dikuasai oleh umat islam....tetapi dalam masa yang sama kelahiran ulama seperti imam ghazali,imam syafie serta imam imam yang lain di seluruh dunia masih tidak ketinggalan dalam mengajarkan serta mengembangkan ilmu al quran,hadis serta fikah yang berkaitan dengan ilmu fardu ain....

apa yang ana ingin tegaskan sini...kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mengambil iktibar dari zaman kegemilangan umat islam dahulu dengan mempergiatkan menuntut ilmu walau dalam apa jenis bidang pun ......cuba kita bayangkan kalau muslim dewasa ini mampu menguasai ilmu ilmu yang berguna di dunia dan diakhirat....islam bukan sahaja disegani,malah segala ekonomi yang sekarang ini dibawah kongkongan para kafir dan yahudi akan berada dibawah umat islamdan dengan medium itu,umat islam mampu dibangunkan serta tiada lagi bergantung harap pada ekonomi yahudi....

apa yang kita lihat hari ini,kita susah untuk maju..malah ditindas oleh umat yahudi laknatullah kerana kita terpaksa bergantung pada ekonomi dan kebakatan mereka....kita sering berbalah antara satu sama lain untuk membenci ekonomi dan keluaran yahudi...namun dipihak kita masih tidak seorang pun yang berani untuk menyahut cabaran menjadi ibn sina mahupun ilmuan islam pada masa kini...kita masih lagi...berkata namun berharap daripada mereka dan orang lain untuk membantu kita...bukannya usaha dalam membangunkan umat islam dengan kebolehan ilmu kita....malah lebih menyedihkan ada yang menyelewengkan nikmat ilmu yang diberi ke arah jalan yang ditegah oleh allah....

so,moral of the story is...

kita sebagai umat islam telah diajar untuk tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat....ilmu ini bukan sahaja mengangkat darjat sesorang itu malah mendisiplin seseorang itu seperti yang kita lihat seperti imam syafie...

so,apa yang kita tunggu lagi...adakah kita masih ingin duduk dibawah yahudi dan kafir lagi atau kita mahu bangun dan berjaya didunia dan di akhirat....sudah tentu semua ingin yang baik,,,tapi kita perlu usaha nya sekarang..terutamanya para pemuda dan pemudi yang masih lagi mempunyai minda yang cergas dan cerdas...tapi sudi ana ingatkan kembali,kita tidak mampu menguasai sesuatu ilmu jika niat kita tidak kerna allah...jika niat kita untuk membangunkan umat islam dan kerana mematuhi perintah allah...ana pasti ilmu itu mudah sahaja diserap kedalam hati kita dengan izin allah.....

ilmu bukan sahaja lengkap dengan menutut atau memperoleh tapi perlu diamalkan seperti yang sering diungkapkan...ilmu itu jika tidak diamalkan bagai pohon yang tak berbuah....

jadi...

mari kita menjadi hambanya yang berilmu dan taat soleh..

allahuallam..

PESANAN PUTERA MU`IZZ

SAYA DAPATI ORANG YANG BERILMU ITU MENJADI MULIA MESKIPUN DIA DILAHIRKAN DI TENGAH TENGAH KELUARGA YANG BUTA HURUF DAN MISKIN.ILMU SELALU DAPAT MENGANGKAT DARJAT MANUSIA HINGGA ORANG MULIA MENGHORMATINYA. MEREKA AKAN MEMATUHI ORANG YANG BERILMU.SETIAP ORANG TIDAK AKAN MERASAKAN KEBAHAGIAAN TANPA ILMU.KAMU TIDAK AKAN MEMPEROLEH ILMU KECUALI DENGAN ENAM PERKARA IAITU KECERDASAN,SEMANGAT WAJA,RAJIN,TEKUN,PERBELANJAAN YANG CUKUP DAN BERSAHABAT DENGAN GURU,
[ IMAM SYAFIE]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.