SAHABAT SETIA

Isnin, 6 September 2010

ANDAI ISLAM ITU KERETA, ANDA SEBAGAI PENDAKWAH PERLU PANDAI MAIN GEAR!!!

Sebagai sebuah agama yang membawa manusia menuju kepada Allah SWT kita boleh memperumpamakan Islam itu seperti kereta. Oleh itu seperti lazimnya sebuah kereta ia bergerak melalui kawalan pemanduan yang dilakukan oleh pemandu. Laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan pergerakan sebuah kereta itu ditentukan oleh pemandunya.

Siapa lagi pemandu Islam jika bukan para ulama dan pendakwah.

Pendakwah yang membawa dan memandu agama ini menuju Allah SWT perlu pandai mengawal kereta dan menggunakan gear kereta kerana setiap kereta itu bergerak mengikut kelajuan yang ditentukan oleh gearnya.
Rosak kereta jika tidak pandai menggunakan gear

Kereta yang dipandu tanpa pengendalian gear yang baik akan boleh merosakkan kereta dan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut. Jalan yang lurus dan lapang seperti lebuhraya bolehlah digunakan gear 5 tetapi masakan jalan kampung atau kawasan sekolah juga mahu dipasang gear 5 ? Habislah mati anak ayam dan anak orang yang melintas di jalanan.

Jalan pula tak selamanya indah, dengan lopak yang berlubang, berbonggol-bonggol dan ada kalanya berbengkang bengkok maka gear rendah seperti gear 1 dan 2 perlu digunakan.

Khasnya apabila menaiki jalan yang berbukit atau ketika sedang menuruninya.

Itulah Islam, ia umpama alat yang membawa manusia kepada Allah SWT. Namun pemanduan dan pengendaliannya di tangan kita.

Firman Allah yang bermaksud : 
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan oleh kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Ar-Rum : 41)

Harus tahu bagaimana membawanya. Umapama ketika waktu ujian dan kesempitan maka gear yang rendah harus digunakan kerana bimbang jika ada tindakan kita di dalam dakwah yang dibuat kerana tertekan, geram dan bagi melepaskan amarah.

Begitulah jua ketika di waktu senang dan ketika sedang menerima nikmat. Kita harus bimbang apakah takala kita menerima imbuhan wang ringgit dan jawatan daripada raja atau pemerintah maka fatwa dan dakwah yang kita serukan itu dibuat kerana pengaruh kesenangan atau kerana keseronokan ?

Perlahan-lahan dan berhati-hati dalam tindakan sambil melakukan muhasabah dan mengoreksi diri itulah namanya gear rendah.

Allah SWt befirman yang bermaksud : 
“Orang yang diredhai oleh Allah dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (Al-Anbiya: 28)
“Sesungguhnya orang-orang (yang beriman itu ialah) yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka.”(Al-Mukminun : 58)

Kita hanyalah manusia, seringkali kerana ghairah dan gembira maka kita memecut laju di jalanraya sehingga terlupa di atas jalan manakah kita berada. Apakah jalan itu berbukit ? Jalanraya ? lebuhraya ? jalan kampung ? atau ketika kita sedang melintasi sebuah kawasan sekolah ?

Lihatlah dahulu di mana kita berada dan bawalah Islam itu dengan kawalan diri yang baik kerana andainya kata berlaku kemalangan maka bukanlah kereta itu yang salah tetapi pemandunya.

Belajar Islam dan dakwah dari cara pemanduan kereta.

Khalifah Umar ra pernah bertanya kepada seorang sahabat yang bernama Ubai bin Ka'ab ra akan makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kembali kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”. Lalu Umar menjawab : “Aku melangkah dengan cermat dan berhati-hati”. Maka Ubai membalas : “Itulah yang dimaksudkan dengan taqwa.”
Membawa laju bukanlah pula bermakna tidak bertaqwa

Kelajuan jika kena pada jalan dan waktunya maka ianya adalah satu tindakan yang digalakkan. Bukan sahaja boleh menjimatkan masa bahkan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalanraya.

Namun kita semua mengetahui bahawa semakin laju kereta yang dibawa maka semakin sukar untuk mengawal dan mengendalikannya. Khususnya di jalan yang licin, berbukit dan berbengkang bengkok maka kelajuan itu boleh membunuh.

Membawa laju di tempat yang salah boleh menyebabkan kereta terbabas, melanggar kereta lain dan mencetuskan pelbagai bahaya dan kerosakkan kepada kereta jika tidak berhati-hati.

Maka berhati-hati itu ialah taqwa.

Diperlukan oleh setiap pemandu untuk memilikinya setiap masa.

Lalu bagaimana ? harus perlahankah atau membawa laju ? Maka ianya berbalik kepada pengalaman dan kepandaian membawa kereta. Ilmu diperlukan untuk memastikan perjalanan dapat dibuat dengan selamat.

Ilmu itu bukan sekadar teori pemanduan di dalam buku tetapi praktikel kehidupan yang terhasil daripada pengalaman dan pengamatan.
Kefaqihan itu ternyata sebuah anugerah

Nabi salallahualaihiwassalam bersabda : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT akan kebaikan kepadanya maka dia akan difahamkan berkenaan urusan agama .” (hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim)

Jika masih tidak pandai juga mengendalikan gear maka saranan saya cukuplah anda membawa kereta yang bertransmisi automatik iaitu menjadi pengikut dan bukannya orang yang diikut serta menjadi makmum dan bukannya Imam.

Dan jika anda seorang makmum maka carilah pemandu atau Imam yang pandai mengendalikan kereta dan menggunakan gearnya dengan baik. Kerana dikhuatiri bukan sahaja kereta yang anda naiki itu akan rosak di tengah jalan sebaliknya nyawa anda pun mungkin melayang akibat kegagalan pemandu atau pendakwah yang diikuti oleh anda itu dalam mengawal keretanya.

Kerana biarlah apa jua jenama pun sesebuah kereta itu ia tetap akan menjadi tidak bermakna apabila ianya tidak dapat bergerak kerana rosak atau kerana pemandunya tidak pandai memandu.

Wallahua’lam.


p/s : kempen mengelak kemalangan dalam dakwah, agar tiada yang terkandas menuju Allah SWT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.