SAHABAT SETIA

Sabtu, 27 November 2010

SEDIKIT NASIHAT KEPADA SAHABAT, AHLI-AHLI BLOGWALKING DAN DIRI INIEH!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Suka untuk (kali keberapa entah) ku memetik kata-kata yang ada dalam buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" yang ditulis oleh Fathi Yakan pada mukasurat 22. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan daripada buku ini, cuma fokusku pada kali ini pada perenggan tersebut.


" ...MANUSIA ITU DAPAT DAN BOLEH MENCAPAI KEBAIKAN DAN KEJAHATAN MELALUI DAYA USAHA, IKHTIAR DAN KEHENDAKNYA..."


Namun, segalanya juga adalah dengan izin Tuhan yang Maha Segala, ALLAH. Bagi penerangan tentang aspek yang ditulis ini, penulis merujuk kepada surah As-Syams:7-10 dan Al-Muddatsir:38. Bagi surah As-Syams ayat ke 7 - 10 itu mengingatkan aku tentang video nasyid yang menggunakan maksud empat ayat tersebut sebagai lirik utamanya. Tajuknya 'Demi Matahari' (boleh tengok videonya dibawah.)


Tajuk: Demi Matahari
Kumpulan: Snada

(MasyaALLAH..bila benar-benar kita melihat keberadaan alam semesta yang wujud ini, pasti jiwakan tunduk dan rasa terlalu kerdil jua hina dalam mengagumi kebesaran ALLAH yang Maha Esa.)


Berbalik kepada ayat yang ku 'highlight' kan tadi. Aku amat bersetuju dengan ayat tersebut. Lumrah hidup, apabila kita mahukan sesuatu, maka usaha perlu ada untuk meraihnya. Betul tak? Yelah, even kalau kita nak minum segelas air kosong je pun; perlu ada usaha untuk mengambil gelas dan menuangkan air kedalamnya sebelum boleh kita menelannya.

Untuk diri ini nak buka buku dan baca bagi memasukkan data-data ke dalam akal, perlu ada usaha untuk melakukannya. (ni pun masih belum habis-habis nak baca buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" dek kerana lemahnya usaha nak buka buku). Macam terkurang sesuatukan. Ya, KEAZAMAN!

Sebenarnya, entri kali ini aku ingin fokuskan kepada segelintir manusia yang selalu berkata "ala...hidayah tak sampai lagi. Nanti bila dah sampai, aku pakailah tudung/buanglah baju ketat-ketat ni/aku tak keluar dengan lelaki@perempuan (yang bukan mahram)..."--> dan bermacam lagi. Maaf andai ada yang terasa dengan ayatku. Tiada niat pun mahu mengguris rasa kalian. Apa yang ku ingin nyatakan, AYUHLAH..SAMA-SAMA KITA BERUSAHA KE ARAH KEBAIKAN! Demi keberuntungan dan keselamatan diri sendiri juga. 


ALLAH TAK LIHAT PADA HASIL TAPI ALLAH LIHAT PADA USAHA KITA

Kawan-kawan yang ku kasihi..


Sedarlah kita bahawa dunia ini sudah hampir kepenghujungnya.(Ingatan untuk diri ini yang selalu lupa juga) Sedangkan apabila sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W. bertanya tentang bilakah tibanya hari akhir dunia itu. Maka, Rasul pun mendekatkan dua jarinya yang menandakan bahawa masanya teramat dekat. DEKAT SANGAT! ALLAHUAKBAR! 

Bila lagi mahu berubah?? kalau tidak sekarang kawan-kawanku. Berubah ke arah kebaikan. Menjadi umat Islam yang sebenarnya. (ALLAH...Ingatkan aku sentiasa tentang hal ini ..ya ALLAH...) 

Kepada yang tidak menutup aurat, mulakanlah langkahmu dalam menutupinya sedikit demi sedikit andai perubahan yang ketara tidak mampu kau bawa. Ya, sedikit demi sedikit kawan-kawanku. Tentanglah nafsu yang dibelakangnya punya sahabat setia yang bernama SYAITAN yang juga sedikit demi sedikit mahu menelanjangimu. (Maaf andai rasa kata-kataku menusuk hatimu) ---> Namun segalanya ku nyatakan kerana aku amat menyayangi kalian. 

Juga kepada kawan-kawan yang sedang dipenuhi rasa cinta dalam jiwa terhadap teman istimewa. Tolonglah jangan menZALIMI diri kalian dengan berdua-duaan, berpegangan tangan dan apa-apa lagi yang sebenarnya kalian tahu bahawa itu adalah perkara yang melanggari batas agama ISLAM.. Satu-satunya agama yang diredhai ALLAH. (Moga aku juga tidak menZALIMI diriku sendiri)

menZALIMI DIRI?? Ya.. menZALIMI diri..Z.A.L.I.M. Mungkin di entri lain akan ku tulis tentang apa yang pernah ku dengar tentang perkara tersebut melalui ceramah yang ku hadiri di Masjid Rahimiah Kalng baru-baru ini. 

Maafkan aku kawan-kawan. Aku terlalu menyayangi kalian kerana ALLAH. Apa yang ku tulis juga sebagai kekuatan untukku (yang menulis) membaiki diri dengan lebih baik lagi. SEGALA-GALANYA DENGAN IZIN ALLAH..

Ya.. sebelum terlupa. Ingatlah apa-apa yang kita harapkan adalah dengan izin ALLAH. Setelah kita berusaha, maka mohon dan berdoalah kepada ALLAH untuk mengizinkan dan mengurniakan kebaikan kepada kita. DIA PENENTU SEGALA-GALANYA. 

Wallahu'alam

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINIE... SEMOGA SAYA BOLEH MEMBALAS KUNJUNGAN!!!

TOLONG ISI FORM INI SEBAGAI TANDA ANDA MELAWAT BLOG INI

Name:
Email Address:
Blog Address
Pendapat anda tentang Blog ini dan saranan/taujihad/nasihat anda kepada admin rasmi blog ini...
Harapan anda terhadap Blog ini

Click here to create your own form.

,


I made this widget at MyFlashFetish.com.